GUA MUSANG 28 Okt. - Barisan Nasional (BN) bersikap tenang walaupun terdapat insiden membakar bendera BN dan UMNO awal hari ini di Kampung Lembaga di sini, dipercayai didalangi oleh pihak-pihak tertentu yang berkempen untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Galas.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berharap kejadian membakar bendera UMNO dan BN itu ditangani dengan baik.
"Dalam pilihan raya kadang-kadang ada satu dua insiden yang tak dapat dielakkan. Saya harap selesaikan masalah yang timbul ini dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Hospital Gua Musang di sini, hari ini.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau kesal dengan sikap terdesak dan agresif terhadap BN sedangkan jentera BN bersikap profesional dan beretika semasa berkempen.
"Saya melihat jentera tempatan dan penyokong tempatan tak ada masalah.
“Mereka tak ada yang ketara sangat antara UMNO dan Pas di Gua Musang ini. Di sesetengah tempat mungkin ada ketegangan... pulau memulau, tapi di sini tak ada masalah, kita salam bersalaman, sembang malah boleh minum sekali, ini mungkin kerja orang luar,” katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment