Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, October 11, 2010

Setuju: 30 peratus equiti Bumiputra perlu dipinda

Cikguleepk mengambil jalan bersetuju dengan cadangan MCA untuk meminda equiti bumiputra sebanyak 30 peratus itu. Cikguleepk dapati dengan pelaksanaan dasar tersebut menyebabkan ekonomi negara dimonopoli oleh satu kaum sahaja kerana kaum bumiputra masih  belum mencapai hak 30 peratus tersebut sedangkan kaum yang satu tu memonopoli hampir 80% daripada kekayaan ekonomi negara.

Untuk merancakkan lagi ekonomi negara equiti bumiputra sepatutnya mengikut komposisi kaum iaitu sejumlah 56%. Oleh itu equity bumiputra perlu ditingkatkan kepada 56% dalam memberikan keadilan kepada rakyat jelata untuk sama-sama berkongsi kekayaan ekonomi negara. Manakala kaum yang memonopoli itu perlu dikurangkan pegangan mereka kepada hanya 40%. Selebihnya pula perlu diberikan kepada kaum Minoriti yang lain.

MCA perlu memperjuangkan hak semua kaum dalam usaha kita menjadi sebuah negara maju dan berdayasaing pada tahun 2020 nanti. Harapan cikguleepk dalam usaha kerajaan mentransformasikan ekonomi negara berjaya direalisasikan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails