Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, October 15, 2010

Pilihanraya kecil serentak seperti dijangkakan

Pilihanraya serentak seperti jangkaan blog ini sebaik sahaja mendengar berita kematian YB Batu Sapi pada 9 oktober yang lalu, klik sini

PUTRAJAYA 15 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh bagi penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, Sabah pada 26 Oktober ini, manakala hari pengundian pada 4 November.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di sini hari ini.

Penetapan tarikh-tarikh itu serentak dengan PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan.

Pilihan raya itu diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Edmund Chong Ket Wah daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) kerana terlibat dalam nahas jalan raya Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 lalu mendiang yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Parlimen P.185 itu setelah menewaskan calon Bebas, Chung Kung Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Beliau memperoleh 9,479 undi, manakala Kung Wing mendapat 5,771 undi. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails