Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, October 17, 2010

Gro sembunyi di bilik sulit

SEREMBAN - Sembilan orang wanita asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan di sebuah pusat hiburan di Taman AST di sini, malam tadi.


Mereka terdiri daripada tujuh warga China dan dua Thailand berusia antara 20 hingga 31 tahun yang didapati masuk ke negara ini menggunakan pas pelajar.


Turut ditahan pada pukul 8 malam itu ialah tiga orang pelanggan.


Menurut Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Deputi Supritenden Habibi Majinji, kesemua GRO berkenaan bersembunyi di bahagian belakang tempat menyimpan barang di pusat hiburan itu sebelum mereka diberkas.


"Wanita-wanita ini didapati bersembunyi di dalam sebuah bilik sulit di bahagian belakang tempat simpanan barang sebelum mereka diberkas," katanya. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails