Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, October 28, 2010

Pas bagi rasuah benih getah, tapi tanah rakyat dirampas



GUA MUSANG, 27 Okt – Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan PAS Kelantan tidak memperjuangkan masyarakat Orang Asli yang menghadapi masalah hak milik serta pencerobohan tanah di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Galas di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata masalah tanah termasuk yang berhubung kait dengan pampasan dan pencerobohan sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

“Baik isu pengambilan tanah tidak dibayar pampasan, yang ada hubung kait dengan (projek) Ladang Rakyat (yang dimajukan oleh kerajaan Kelantan), (dan) pencerobohan oleh pihak-pihak pengusaha (kebun) yang semakin berleluasa sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan PAS kerana ia di bawah bidang kuasa mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Mesra Minda Bersama Masyarakat Orang Asli di Pos Brooke dekat sini.

Muhyiddin berkata masalah tanah Orang Asli itu akan menjadi antara tugas utama calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusoff sekiranya menang pada pilihan raya kecil bagi kerusi Galas pada 4 Nov ini.

“Saya percaya kalau calon BN dipilih menjadi wakil rakyat di sini (Galas) dia akan sampaikan perkara itu (kepada kerajaan negeri),” katanya.

Malah, kata Muhyiddin, pencerobohan tanah berkenaan turut mengakibatkan pencemaran sungai yang bertukar warna menjadi merah sedangkan sungaimerupakan sumber penting bagi kehidupan masyarakat Orang Asli.

“Sepatutnya langkah-langkah menangani masalah pencerobohan (tanah) harus ditangani di peringkat kerajaan negeri, jadi nampaknya perkara ini tidak diberikan perhatian,” katanya.

Muhyiddin berkata, kerajaan PAS Kelantan sebaliknya lebih berminat untuk membicarakan isu-isu yang bertujuan mengalih pandangan rakyat daripada membangkitkan perkara yang seharusnya menjadi keutamaan.

“Ini bukan soal (kempen) pilihan raya, ini tanggungjawab kerajaan (BN) untuk turun dan melihat masalah, kalau rakyat hadapi masalah kita bantu,” katanya.

Turut hadir ialah Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah serta pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Pos Brooke, Rashid Akoh.

Pada majlis itu Muhyiddin, yang merupakan Menteri Pelajaran, bersetuju secara prinsip untuk membina sebuah sekolah menengah di Pos Brooke bagi kemudahan masyarakat setempat dan sekitarnya.

DUN Galas mempunyai 1,889 pengundi Orang Asli iaitu di Pos Balar, Pos Hendrop, Pos Bihai, Pos Hau dan Pos Brooke.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails