Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, October 2, 2010

Anak peguam Malaysia edar dadah di Australia

ANAK PEGUAM BERPROFIL TINGGI DIDENDA MAHKAMAH MELBOURNE KERANA MENGIMPORT KETAMINE
WALAUPUN
 Timbalan Ketua Majistret Melbourne, Jelena Popovic memaklumkan bahawa beliau "sedikit seram" mendengar seorang anak peguam berprofil tinggi di Malaysia hanya didenda RM30,024 kerana membawa masuk 332 gram ketamin ke Australia, namun itulah realitinya!

Mahkamah Majistret Melbourne hanya mengenakan denda sebanyak itu kepada anak peguam berkenaan, Miki Yee, 23, kelmarin selepas dia yang juga pelajar di Universiti Monash mengaku bersalah.

Mahkamah diberitahu, Yee ditangkap pihak berkuasa Australia di apartmen penginapannya dan menemui ketamin di dalam bungkusan yang dihantar dari Malaysia.

Akhbar The Age melaporkan, peguam bela Yee, Tom Sawyer, sebagai berkata, anak guamnya itu mengaku menjual ketamin kepada kawan-kawannya dan dia sebenarnya mula menagih dadah sejak berusia 16 tahun. Dadah itu dibelinya dari Malaysia dengan harga A$70 segram.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails