Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, October 4, 2010

Kerana terhutang budi Pas akan beri laluan kepada Ku Li

Tidak terkira banyaknya jasa Ku Li kepada Pas di Kelantan. Ku Li telah berjaya memajukan daerah Gua Musang selaku bandar kedua terbesar di kelantan dan pernah pada suatu ketika dicanangkan untuk menggantikan Kota Bharu sebagai ibu negeri Kelantan. Prasarana di daerah gua Musang yang serba lengkap di bawah pentadbiran Ku Li selaku Ahli Parlimen di sana memang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun di dunia ini.

Ku Li juga yang telah berjaya mengukuhkan penguasaan Pas di Kelantan apabila beliau telah menubuhkan parti Melayu semangat 46 yang bergabung dengan Pas di bawah panji-panji Angkatan Perpaduan Ummah sekitar tahun 90an sehinggakan Pas gagal digugat oleh Umno kerana hampir separuh ahli Umno telah menyertai pakatan tersebut. Jika tidak kerana Ku Li sudah tentu Pas sudah lama berkubur sewaktu pemerintahan Dr Mahathir yang gilang gemilang dahulu.

 Yang terbaru Ku Li juga banyak membantu Pas dalam usaha membawa wang royalti minyak kepada kerajaan negeri Kelantan yang masih di peringkat tuntutan mahkamah. Perlu diingat tanpa keterangan dari Ku Li selaku bekas menteri yang bertanggumgjawab dalam penubuhan dan menggubal dasar petronas suatu ketika dulu, usaha pas untuk mendapatkan royalti minyak akan menjadi sia-sia sahaja.  

Dengan jasa Ku Li yang terlalu banyak untuk Pas Kelantan menyebabkan mereka jadi malu alah dan amat berharap Ku Li tidak bertanding di Dun tersebut. Nik aziz walaupun sudah tua nak mampus masih mampu berhelah mengatakan ku Li tidak sesuai menjadi Adun Galas. Ku Li bukannya tamak wahai wali selipar oi beliau hanya memikirkan nasib rakyat jelata. Jadi beliau sudah tentu akan dengan sedaya upaya bakal menjadi Adun Galas untuk membela nasib mereka.

Sebagai umat islam yang berhemah tinggi Pas perlu menunjukkan sikap mengenang budi kepada Ku Li yang hanya memikirkan untung nasib rakyat kelantan walaupun beliau terpaksa menongkah arus dalam kes petronas. Apalah salahnya jika Pas memberi laluan kepada tokoh yang banyak berjasa kepada Pas ini dengan memberi laluan kepada Ku Li untuk terus membawa kemajuan kepada rakyat Galas yang pastinya tidak dapat dilakukan oleh sesiapapun adun dari parti PAS.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails