Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, October 6, 2010

GRO sakit pinggang kena ligan di Kelantan

KOTA BHARU: Seorang pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga China patah kaki dan terseliuh pinggang ketika cuba meloloskan diri dalam serbuan oleh Jabatan Penguatkuasaan Imigresen Kelantan awal hari ini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Mohd Hasimi Musa berkata, wanita itu antara empat GRO warga China yang ditahan dalam dua serbuan berasingan di hotel sekitar Kota Bharu.

"Pihak kita melakukan serbuan kira-kira jam 11 pagi tadi di sebuah hotel di Jalan Sri Cemerlang dekat sini, dan berjaya menemui seorang GRO berusia 37 tahun di dalam sebuah bilik selepas terserempak dengan seorang lelaki, dipercayai pelanggannya, yang keluar dari bilik berkenaan.


"Ketika ditemui, GRO itu dalam keadaan separuh bogel dan meminta kebenaran untuk ke tandas menukar pakaiannya, sebelum cuba meloloskan diri dengan bertindak terjun dari tingkat satu hotel itu untuk mengelak daripada ditahan," katanya kepada pemberita di sini.


Bagaimanapun, beliau berkata tindakan nekad GRO itu mengundang padah apabila dia terjatuh dan patah kaki kanan selain pinggangnya terseliuh sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II.


Mohd Hasimi berkata, dua lagi rakan GRO itu yang berusia lingkungan 20 dan 30-an, turut ditahan selepas didapati menyalahgunakan pas lawatan mereka, manakala seorang lagi ditahan di hotel berlainan kerana menjalankan kegiatan sama. Beliau berkata, keempat-empat GRO berkenaan akan disiasat mengikut Peraturan 39B Akta Imigresen 1963.-Bernama

Dah semakin kerap GRO ditangkap di Kelantan sejak dua menjak ni. Siapalah yang langgan GRO di Negeri Serambi Mekah ni ya.

2 comments:

  1. dapatkan statistik pembawa HIV paling banyak dlm Malaysia ni dari negeri mana.. anda tentu tergezut..

    ReplyDelete
  2. Asalnya memang terkenal sebagai 'Serambi Mekah'.. Tapi sayangnya, sejak terlalu lama memerintah..., serambi entah kemana.., Mekah pun entah kemana..

    Sekarang dah jadi :
    1. Serambi Balak
    2. Serambi Exco Kawin banyak
    3. Serambi Ubah tanah milik melayu kepada freehold
    4. Serambi Ahli2 PBT pergi melawat luar negara pakai duit rakyat
    5. Serambi Rasuah
    6. Serambi Tok Guru kita jer yang betul

    mm... malas nak tulis... banyak sangat...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails