Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, October 6, 2010

Rakyat Malaysia bersyukur, Tun M kembali pulih. Alhamdulillah!!

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini dibenarkan keluar dari Epworth Hospital, Melbourne, Australia.

Pegawai khas beliau, Sufi Yusoff berkata, pasukan perubatan berpuas hati dengan kadar kemajuan kesihatan Dr Mahathir tetapi beliau akan ditempatkan dalam pengawasan bagi tempoh yang belum diketahui.

"Sepanjang tempoh itu, pasukan perubatan akan terus memberikan rawatan antibiotik dan fisioterapi kerana ini telah dilakukan sejak beliau dimasukkan ke hospital itu akibat ada jangkitan dalam dada,” kata beliau dalam e-mel.

Beliau dibenarkan keluar hospital itu hari ini ke sebuah hospital berhampiran adalah juga sebagai sebahagian daripada proses pemulihan untuk mempercepatkan kadar pemulihan Dr. Mahathir, kata Sufi.

Dr. Mahathir berada di Melbourne, yang diiringi oleh isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali, sejak Khamis dan dijadual berucap pada Seminar mengenai Pembangunan Manusia pada petang Sabtu lepas, anjuran Kelab UMNO Melbourne di University of Melbourne. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails