Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, August 31, 2010

Namewee diambil tindakan

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee jika dia terbukti melakukan kesalahan ekoran penerbitan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) menegaskan, perkara sensitif sebegini tidak boleh dibiarkan dan merupakan satu langkah yang silap serta tidak boleh dimaafkan

“Saya telah mendapat taklimat daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengenai perkara tersebut dan sehubungan itu mengarahkan siasatan menyeluruh dibuat dengan mengambil kira segala aspek.

“Perbuatan seumpama itu tidak boleh dimaafkan jika terbukti dia mempersendakan isu berkaitan kaum sehingga mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat,’’ tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia melalui e-mel ketika diminta mengulas mengenai tindakan Meng Chee yang menerbitkan klip video berunsur perkauman.

4 comments:

  1. Sudahlah Dato' rakyat telah lama mual dan nak muntah dengan amaran dato'.Masa Tun M jadi Menteri Dalam Negeri beliau tak banyak cakap tau-tau sibangsat dan pengkhianat dah kena ISA melalui pelbagai Opp.. melalak bertempiklah sicelaka yang kena sedangkan merekalah yang menzalimi diri sendiri.Majoriti rakyat lega kerana kerajaan berani bertindak menjaga kepentingan rakyat dan ketenteraman negara.Kalau kerajaan BN kalah dalam PRU13 Dato'lah antara penyumbangnya kerana membiarkan sicelaka menghuru-hara negara.Amaran dato' sudah jadi kartun,rakyat mentertawa dan menonggeng punggung.Bertindakla dato,.BERTINDAK!

    ReplyDelete
  2. Tenggok Tajuk aje aku dah jadi fobia. Dahlah kita asyik sebut amaran, tajuk berita pun amaran. Batu api betullah.

    Dahlah, tak yah beri amaran. Buat aje kerja. Kang kalau buat sebok-sebok kena gertak dengan DAP dan di pujok dek MCA, tak tentu pasal kena minta maaf kepada satu negara.

    agbr47: Dah lama dengar amaran.

    ReplyDelete
  3. Kena hantar Hisahamuddin gi kursus bina semangat dan kepimpinan...
    Tak pun masuk akademi tentera biar though sikit...

    ReplyDelete
  4. biasalah,menteri amaran hanya setakat beri amaran sj tindakan yang beliau mampu buat.

    rosaklah kerajaan dengan adanya menteri penakut macam ni

    tok awe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails