Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, August 30, 2010

PAS tidak hirau kemarahan umat islam

SIK 29 Ogos - Tindakan pembangkang yang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik tanpa mengira keadaan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, isu seperti doa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat dan majlis ‘tazkirah’ seorang wakil rakyat DAP di sebuah surau di Selangor menyebabkan banyak pihak marah kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Oleh kerana itu, katanya, kerajaan terpaksa tampil membuat penjelasan mengenai keadaan sebenar kepada pihak terbabit agar tidak menjadi masalah besar hingga boleh menimbulkan pergeseran. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails