Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, August 14, 2010

Felda Bankrup: RM37.14 juta kepada peneroka

Satu lagi bukti ekonomi Malaysia makin kukuh di bawah pemerintahan DS Najib. Penjawat awam pula bagaimana, bila lah mereka nak dapat duit raya (bonus) dah lama sangat mereka dok tunggu pengumuman DS Najib.

KUALA LUMPUR 13 Ogos – Lebih 100,000 peneroka Felda di seluruh negara akan menerima duit raya sebanyak RM37.14 juta yang akan diberikan sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kesemua 112,635 peneroka di seluruh negara akan menerima pemberian sempena hari raya yang dibahagikan kepada dua kategori.

Menurut beliau, dua kategori itu ialah peneroka yang masih bersama Felda akan menerima RM350 seorang dan peneroka yang menanam semula secara persendirian akan menerima hanya RM150 seorang.

“Mengikut rekod, peneroka yang masih setia bersama Felda adalah 101,391 orang (90.02 peratus) manakala 11,244 atau 9.98 peratus lagi dikategorikan tidak bersama Felda iaitu mereka yang tidak menanam semula menerusi agensi ini,” katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Najib, daripada RM37.14 juta yang diperuntukkan itu, RM35.47 juga adalah bagi peneroka yang bersama Felda dan RM1.67 juta lagi bagi yang tidak bersama Felda.

“Saya berharap pemberian duit raya ini sedikit sebanyak akan dapat meringankan bebanan kewangan keluarga peneroka dalam membuat persiapan menjelang ketibaan Syawal.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kepada para peneroka yang tidak bersama Felda agar kembali bersama agensi ini untuk memaju dan memakmurkan lagi tanah-tanah rancangan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails