Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, August 25, 2010

Seluruh Kakitangan Awam ucap terima kasih kepada kerajaan Malaysia

Kami kakitangan awam dari gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT dan berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana sudi memberi bantuan khas kewangan sebanyak RM 500 sempena syawal yang akan menjelang tiba. Walaubagaimanapun daripada undian yang telah dibuat melalui blog ini, kakitangan masih amat berharap agar kerajaan dapat memberikan bonus semasa pembentangan bajet tidak lama lagi. Daripada 100 responden yang telah mengundi hampir 90% rakyat Malaysia mengharapkan kerajaan dapat juga memberi bonus pada tahun ini. Daripada penganalisis ekonomi memberi petanda bahawa ekonomi Malaysia berada pada prestasi baik pada ketika ini maka amat sesuai sekali jika kerajaan membelanjakan sedikit wang untuk para penjawat awam yang mana ianya boleh menjadi mangkin untuk terus menjana ekonomi negara. Terima kasih sekali lagikepada kerajaan Malaysia.

KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dalam satu kenyataan hari ini bahawa bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.




2 comments:

  1. UMNO-BN ni memang zalim. Takdak lagi kerajaan di dunia ni yang sezalim kerajaan UMNO-BN. Ada ka patut dibaginya duit raya kat penjawat awam RM500. Tak patut sungguh. Tak pernah lagi jumpa kerajaan sezalim ni. Memang zalim. Kena buat demontrasi ni...Esok Jumaat, memang sesuai buat demontrasi...Apalagi Mahpuz, Hatta jomla panggil orang kita pi berarak...

    ReplyDelete
  2. keh keh keh gapodio sedih tak dapat duit raya

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails