Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, August 25, 2010

Kes simbah cat di surau, 4 lelaki ditahan

SEREMBAN 24 Ogos – Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, polis telah menahan awal pagi ini empat remaja lelaki berusia antara 16 hingga 18 tahun dipercayai terlibat dalam kes simbah cat di surau Taman Seri Pulai, Sikamat dekat sini.

Kesemua mereka direman selama empat hari bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan, kata Osman.

Dalam kejadian semalam, sekumpulan ahli kariah yang hendak menunaikan solat subuh di surau Taman Seri Pulai itu terkejut apabila mendapati bangunan surau berkenaan disimbah cat merah.

Lebih mengejutkan, surau berkenaan yang baru sahaja beroperasi beberapa bulan lalu turut dilempar botol minuman keras oleh individu tidak dikenali. – Utusan



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails