Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, August 27, 2010

Kerajaan kelantan tidak mampu beri RM500 kepada kakitangan awam negeri

DIULANG KERAJAAN KELANTAN HANYA MAMPU BAYAR GAJI.....NO BONUS...MAA


Kerajaan Pas Kelantan mampu membayar gaji kakitangannya tanpa berhutang daripada mana-mana pihak, kata Timbalan Pengerusi Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun.

"Kita (kerajaan negeri) masih mampu membayar gaji kakitangan walaupun mentadbir negeri ini dalam tempoh 20 tahun ini, tanpa perlu berhutang daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan Pusaat,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, perbelanjaan mengurus atau emolumen kerajaan negeri masih mencukupi untuk menampung membiayai gaji kakitangan walaupun mengalami perbelanjaan defisit setiap tahun.

"Cuma kerajaan negeri menghadapi masalah perbelanjaan pembangunan yang memerlukan peruntukan daripada kerajaan pusat,” katanya. - Bernama

ulasan
1.Jika kerajaan negeri menggunakan wang untuk pembangunan maka kerajaan negeri tidak lagi mampu membayar gaji pekerja.
2. Terbukti kerejaan negeri kelantan merupakan negeri termundur kerana projek pembangunan hanyalah dari ihsan kerajaan pusat.
3. Kerajaan negeri tidak berhutang untuk bayar gaji. Tapi hutang kerajaan negeri bertimbun-timbun untuk perkara lain selain dari bayaran gaji.
4. Tiada perubahan ketara di negeri kelantan dari segi ekonomi sejak 20 tahun pemerintahan pas. kepimpinan pas makan gaji buta.
5. Hasil negeri seperti balak banyak di seleweng menyebabkan kangtung negeri kontang.
6.Pemimpin lebih banyak berpolitik daripada bekerja terutamanya mursyidul yang banyak menghabiskan wang rakyat. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails