Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, August 26, 2010

Tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor diambil alih

Memalukan!!!!!! Syabas ambil alih tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor.


KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini melancarkan program bagi membantu golongan kurang kemampuan seperti fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan golongan kurang upaya untuk membayar bil air dan bil air tertunggak.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata, inisiatif itu dilaksanakan selepas mendapati ramai pengguna air daripada golongan daif di Selangor amat memerlukan bantuan.

Katanya, melalui program “Air Percuma Untuk Golongan Yang Memerlukan” itu, kakitangan Syabas dan Puncak Niaga akan menyumbangkan nilai bagi 20 meter air percuma setiap bulan iaitu RM136.80 seorang untuk tempoh setahun.

Buat permulaan seramai 100 orang kakitangan syarikat akan menjayakan program itu membabitkan jumlah keseluruhan RM13,680 dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM318,196.80 apabila kesemua 2,326 kakitangan Syabas dan Puncak Niaga Selangor menyertainya, katanya.

Penduduk di Selangor juga dialu-alukan untuk turut serta dalam program itu dan Syabas ada menyediakan borang untuk tujuan itu, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada dua buah keluarga penerima sumbangan air percuma di Puchong dekat sini.

"Saya harap pendekatan kita ini dapat diterima oleh pengguna. Kita Libatkan pengguna juga, bukan kakitangan Syabas sahaja... dengan sendirinya dia (pengguna) dapat kongsi daripada segi sumbangan kepada masyarakat.

“Ini yang kita mahu, membantu satu sama lain,” katanya. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails