Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, August 14, 2010

UMNO kelantan 20 tahun tidur

Cikguleepk perhatikan UMNO Kelantan tidak bangun bangun tido sejak 20 tahun lalu , dari perhubungan negeri hinggalah ke peringkat bahagian,apatah lagi ke peringkat cawangan.

UMNO Perhubungan Negeri Kelantan makin lamo makin nyenyok tidornyo, kalau UMNO PP kadang kala kedengaran beberapa pemimpin mengigau dan berdengkor,yang terbangun sekejap ,itu pun sebab termimpi. Di kelate mimpi basah pun demo tok bangun.

UMNO negeri hingga sekarang langsung tidak bergerak hanya bergantung harap pada program dari pusat biasanya melalui tok pa yang selalu buat program di kelantan. Pemimpin-pemimpin lain haram
Buat Ds Najib, lihatlah mereka mereka yang berada di perhubungan negeri sebenarnya terlalu banyak berbohong dalam laporan mereka,kononnya KPI semua bahagian,graf dan statistik semua hebat hebat, Oh rakyat semua sokong Umno,1 Malaysia semua orang dah faham. cheh

Tujuan mereka mereka ini berbohong kerana takutkan tidor mereka terganggu . Bayangkan kesemua sayap parti dari ketua pemuda negeri,puteri dan wanita kesemuanya tidor.

Cas keting, bodek menjadi amalan Umno kelantan. Siapa pandai bodek akan mendapat jawatan sebagai PPM, Ajk, dan sebagainya jawatan yang dilantik oleh ketua bahagian. Pemimpin yang ikhlas dan berjuang dengan jujur akan disenyapkan dan dicantas dari peta politik. Macam mana lah Umno nak menang di kelantan andainya segala peruntukan hanya di bolot oleh kaki-kaki bodek ketua. Bukannya diserahkan kepada yang benar-benar memerlukan

Kepada ketua bahagian Pasir puteh cikgu.... dan bhg2 lain.cubalah bukak mata sikit dengan lantikan ketua-ketua peringkat Kg. cuba selidik sikit siapa yang anda lantik. kalau setakat lantik untuk kekalkan anda di jawatan ketua bahagian tersebut maka pilihanraya nanti bersedialah untuk tewas teruk.

Terlalu banyak kepincangan dalam kerajaan negeri PAS,takkan tak reti pickup isu? pegawai khas yb yb ni makan gaji buto ko?

Pemuda UMNO negeri lembek barangkali KJ mahu melihat kesemua pemudanya lembik lembik,pilih kp negeri semua kaki yes bos. Tak reti buat kerja.Kalau dah tak competent tak boleh buat kerja,lantik lah yang baru yang betul betul mahu berjuang.

Dah berapa ribu daftar pengundi yang UMNO dapat? Sebulan berapa kali ada ceramah? jangan buang masa dengan program yang tak boleh diterjemahkan kepada undi.

Orang UMNO kelate perasan demo ni kuat tido,tegur tak boleh,kalau tegur kato jahat,kalau tak tegur pakat leno ramai ramai.

Buat la ceramah setiap daerah seminggu sekali, takkan benda mudah macam tu pun tak boleh?Penerangan longlai nampak lembab sangat.

PAS pun bukanlah kuat sangat di kelantan tapi UMNO kelantan terlalu lemah, busuk dan berkudis sampai orang tengok pun tak lalu dah. Inikan nak undi.

Cadangan cikguleepk. semua jawatan peringkat bawahan pun mestilah diadakan undian peringkat akar umbi agar masalah bodek dan rasuah dapat di hapuskan di peringkat bawahan lagi. Lantikan dari atas menyebabkan umno dipelopori oleh kaki bodek yang tak berwibawa langsung untuk buat kerja peringkat akar umbi.

2 comments:

  1. Umno Kelate bukan dok tidur ,tp ketua cawangan dan ketua pemuda pakat dok penuh poket masing2 dgn projek dari bahagian kalu tak cayao
    tgk la sendiri ketua pemuda Bahagian Bachok siapa ? seorang pembodek yg tegar, anak buah KJ asyik dok cantas aje kejo dio kalu ore nak lawan dio,ada hati nak jd calon YB di Bachok,Lupakan saje kawe baik aku pakoh Pok katok dgn lambang PAS dari pakoh dio...... Sedarlah sikit ketua Bahagian Bachok kalu nak menang ore ni patut buang terus diolah duri dalam daging.....lu pikirlah sendiri....kalu nak menang.....

    ClorocBleach

    ReplyDelete
  2. Pose2 nie letih kot. Tu yg pakat jenero habih tue.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails