Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, August 16, 2010

Kecoh: lebih 5000 sertai rusuhan di JB hasil hasutan Pakatan Rakyat

Inilah bahananya apabila ada pemimpin yang suka manganjurkan rusuhan dan demonstrasi di jalanan sebelum ini telah menular kepada pekerja asing di Johor bharu semalam. Jika sebelum ini Mc Theori dari blog kedah ke Kl mengatakan pakatan agak susah untuk bertapak di Johor namun kejadian rusuhan semalam menunjukkan pengaruh pakatan rakyat sudah mula bertapak di sana melalui pekerja-pekerja asing ini yang kelihatan juga membawa bendera hijau yang ada bulatan putih di tengah seperti yang selalu di bawa oleh penyokong bolasepak kelantan yang sering melakukan rusuhan jika bertemu dengan pasukan selangor. ironinya kedua-duanya negeri pembangkang yang sukakan rusuhan seperti mana yang diajar oleh tok guru mereka Tian Chua.

JOHOR BAHARU 15 Ogos - Lebih 5,000 pekerja asing sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Tebrau, di sini, hari ini berkumpul dan bertindak agresif termasuk membaling kerusi selepas menyangka kematian seorang rakan mereka disebabkan kelewatan majikan menghantarnya ke hospital.

Dalam kejadian selama tujuh jam mulai pukul 7 pagi di asrama pekerja itu, kumpulan pekerja asing rakyat Myanmar, Bangladesh, Nepal dan India berkenaan turut membaling sampah sarap sebagai tanda protes terhadap majikan mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Amer Awal yang ditemui di tempat kejadian berkata siasatan mendapati kesemua pekerja asing itu tersalah faham mengenai kematian rakan mereka.

"Sebenarnya rakan mereka yang berumur 20 tahun itu telah merahsiakan mengenai demam panas yang dialaminya dari majikan dan pihak pengurusan sebelum akhirnya bersetuju untuk ke hospital pagi tadi.

"Bagaimanapun, akibat lewat ke hospital, lelaki rakyat Nepal itu meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail kira-kira pukul 7 pagi,” katanya. - Bernama

Dengan kekuatan lebih 5000 tentera asing ini maka peluang Chua Jui Meng menjadi MB Johor semakin cerah


2 comments:

  1. hehehehehe.... so funny la ur article. i was so surprised but luckily its not Johorean.hehehe. congrats bro.lets attack pakatan haram in johor together

    ReplyDelete
  2. Pakatan xde buat isu ker pasal kes nie,, bukan ker ni konspirasi........oppss.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails