Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, August 22, 2010

Kenyataan Nik Aziz mahu hukum hudud hanyalah pandangan peribadi, Karpal singh

KOTA BHARU 21 Ogos – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan Pas untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu.


Menteri Besar Kelantan itu berkata, suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” kata Karpal. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails