Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, August 25, 2010

Berita Tergempar: Nelayan Malaysia tidak salah. Pihak berkuasa Indon macam Israel.

Kapal nelayan Malaysia sebenarnya menangkap ikan di perairan kita Malaysia walaubagaimanapun kapal pihak berkuasa Indonesia cuba bertindak seperti israel dengan menunda kapal nelayan Malaysia ke perairan Indonesia untuk merompak hasil tangkapan nelayan Malaysia. Semasa pihak berkuasa Indon ini sedang mengiringi kapal-kapal nelayan malaysia untuk masuk ke perairan Indon ketika itulah tangkapan oleh Polis Marin Malaysia dilakukan terhadap pihak berkuasa Indonesia.

Pihak berkuasa Indonesia cuba menangkap nelayan Malaysia dengan tujuan untuk mengugut dan mendapat pampasan. Situasi ini sering berlaku dan biasanya penyelesaian telah dilakukan ditengah laut oleh nelayan-nelayan kita kerana bimbang kapal laut dalam mereka dirampas. Daripada maklumat yang diperolehi daripada nelayan-nelayan sebahagian besar rompakan dilaut yang berlaku diperairan Selat Melaka dilakukan oleh Pasukan Keselamatan Indonesia.

Jika benar nelayan Malaysia bersalah mengapakah mereka melepaskan nelayan kita tidak sampai 24 jam selepas ditangkap ini juga sama dengan tindakan Israel yang melepaskan anak kapal turki yang ingin menghantar bekalan bantuan kepada Israel tidak lama dahulu. Pastinya mereka merasa bersalah dan tidak mahu perkara ini dihebohkan pihak media.

Walaubagaimanapun pihak media Indonesia telah tersilap lapor yang menyebabkan rakyat mereka memberontak dan melancarkan gerakan anti rakyat malaysia di Indonesia kerana menyangkakan pihak Marin Malaysia menyalahgunakan kuasa menangkap pihak berkuasa laut Indonesia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails