Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Saturday, August 28, 2010

Lepas berbuka puasa, jadi samseng belasah orang

Gambar hiasan

MELAKA – Seramai lapan lelaki termasuk tiga anggota tentera dan dua pelajar ditahan berikutan satu pergaduhan di Kampung Tun Razak, Bukit Katil di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd. Rahman berkata, polis tidak menolak kemungkinan pergaduhan yang berlaku pada pukul 9 malam akibat perselisihan faham antara dua kumpulan terbabit.

Turut dirampas di tempat kejadian ialah sebilah parang, batang besi, topi keledar, rotan, kabel dan besi besbal, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, hari ini.

Salehhudin berkata, lapan lelaki terbabit yang berusia antara 15 dan 27 tahun mengalami cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Melaka.

Semua mereka kini ditahan reman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut dan kemungkinan beberapa orang lagi akan ditahan berhubung kejadian tersebut, katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails