Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, August 10, 2010

Bukti terbaru ekonomi Malaysia lebih baik di bawah pemerintahan Najib

Bukti ekonomi Malaysia di pacu ke arah yang lebih baik di bawah pemerintahan Najib

1. Pulangan Dividen ASW 2010 meningkat kepada 6.35sen seunit

AMANAH Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan agihan pendapatan Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) 6.35 sen seunit kepada 892,825 pemegang unit yang melanggan 13.1 bilion unit saham amanah berkenaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2010.
Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan itu membabitkan pembayaran RM777.53 juta, meningkat 32.3 peratus berbanding tahun lalu RM587.70 juta.
“Dalam tempoh 11 bulan sehingga 6 Ogos lalu, dana ASW 2020 menarik 20,226 pemegang akaun baru
“Jumlah unit pelaburan baru bersih pula meningkat 2.09 bilion unit atau 18.98 peratus,” katanya ketika mengumumkan pengagihan pendapatan ASW 2020 di Kuala Lumpur, semalam.Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.Mengulas lanjut, Ahmad Sarji berkata, sehingga 6 Ogos lalu, ASW 2020 memperoleh pendapatan kasar RM887.05 juta.

2. Ringgit Malaysia berada pada paras tertinggi

NILAI ringgit terus mengukuh untuk mencecah paras tertinggi baru dalam tempoh lebih dua tahun semalam apabila ditutup pada RM3.154 bagi satu dolar Amerika Syarikat (AS), disokong pengaliran masuk modal asing ke negara ini sejak April lalu. Paras tertinggi nilai ringgit berbanding dolar AS selepas tambatan mata wang tempatan itu dihapuskan sebelum ini ialah pada RM3.1427 bagi satu dolar AS yang dicatatkan pada 14 April 2008. Mata wang tempatan itu tahun ini mengukuh 5.4 peratus daripada paras RM3.3837 bagi satu dolar AS pada 4 Januari lalu. Mengulas kenaikan itu, Ahli Ekonomi AmBank Group, Manokaran Mottain, berkata tumpuan pelabur antarabangsa kini beralih kepada negara di Asia termasuk Malaysia sebagai pendahulu pemulihan ekonomi global.
“Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lebih baik bagi tahun ini dengan pelbagai angka tunjuk baru yang menyokongnya memberi keyakinan kepada pelabur antarabangsa.
“Ia sekali gus menjadikan ringgit sebagai mata wang yang menunjukkan prestasi terbaik Asia pada tahun ini,” katanya. Beliau menjelaskan, walaupun sebahagian besar modal asing yang dibawa masuk ke negara ini dilaburkan ke dalam pasaran bon, tetapi pasaran ekuiti turut menerima kesan limpahannya.
Susulan prestasi semalam itu, Manokaran berkata, pihaknya mengunjurkan nilai ringgit mampu mencecah paras RM3.10 bagi setiap dolar AS menjelang akhir tahun ini.

2 comments:

Related Posts with Thumbnails