Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, August 19, 2010

NO 8 kepada Anwar Ibrahim

Masyarakat cina mendakwa nombor 8 sebagai nombor yang bertuah. Kita lihat perkaitan nombor 8 dengan Anwar Ibrahim. 

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947)
Beliau dilahirkan pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.[4] Anwar bermaksud 'bercahaya'. Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman adalah bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia. Manakala ibunya Che Yan Hussein adalah ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO.

1968 menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.

Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri bin Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.

Dalam Pilihan raya umum 1982, Anwar mendapat 18 ribu undi di kawasan parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini termasuk Pilihan Raya Umum 1978, kawasan ini dikatakan sebagai sebuah kubu PAS.


Ramai yang meragui kemampuannya kerana tiada asas kewangan.

Kadar pertumbuhan ekonomi naik 8% setahun selama 8 tahun berturut-turut. PM ketika itu Dr Mahathir PM terbaik Malaysia.

Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia / Tabung Kewangan Antarabangsa pada 1 April 1998. Beliau mula berkenalan dengan Presiden Bank Dunia, James Wolfenson dan Ketua Pengarah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Michael Camdessus.

Terlalu pantas
Semasa pemimpin ABIM , Anwar dikatakan pernah memijak bendera UMNO tetapi segera dinafikan.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO 1997 tersebar surat layang setebal 30 halaman yang menuduh Anwar Ibrahim mempunyai skandal dengan isteri orang (Azmin Ali) dan homoseks. Anwar Buat laporan polis pada 15 Ogos 1997.

Penyingkiran

Pada 1998, Anwar Ibrahim telah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO. Dr. Mahathir yang juga merupakan "mentor" kepada Anwar telah mengambil tindakan yang drastik tersebut setelah beliau mempunyai bukti kukuh untuk mempercayai bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual. Dr. Mahathir merasakan bahawa aktiviti tersebut boleh dijadikan "bahan ugutan" oleh anasir-anasir luar negara untuk mempengaruhi Malaysia seandainya Anwar dipilih sebagai Perdana Menteri suatu hari nanti.

Anwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat, dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah Anuwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan.

Pada 1998 Anwar Ibrahim telah dituduh meliwat pemandu isterinya Azizan Abu Bakar.


Jabatan Negara Amerika Syarikat, Tom Casey memberi amaran , AS menentang sebarang penyiasatan atau pendakwaan bermotifkan politik terhadap Anwar.Pada hari Rabu, 30 Jun 2008, pentadbiran Amerika Syarikat telah memanggil Timbalan Ketua Misi Malaysia di Washington, Ilango Karuppannan bagi mendapatkan penjelasan kes dan memberi amaran agar Anwar Ibrahim mendapat keadilan sepatutnya

15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Azlan, nombor kad pengenalan 850706-01-5687, sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut:

“A'uzubillahi minas syaitanir rajim. Bismillahir rahmanir rahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.

“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga kiamat. Wallahualam.”

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat

Pakatan Rakyat dikatakan semakin hampir menguasai pentadbiran di Putrajaya pada 16 September 2008




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails