Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, August 17, 2010

Pas gagal terapkan budaya islam di kelantan

KOTA BHARU – Penduduk Kelantan mungkin boleh dikatakan suka bergaduh sesama jiran dan ahli keluarga jika diukur pada jumlah laporan pergaduhan yang diterima polis sepanjang tahun ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Amir Hamzah Ibrahim, jenayah keganasan melibatkan kes pergaduhan merupakan antara tertinggi dilaporkan di negeri ini.

Beliau berkata, sebanyak 59 kes pergaduhan diterima daripada 535 kes pelbagai jenayah keganasan yang dilaporkan kepada polis sejak Januari lalu hingga semalam.

Katanya, jumlah kes jenayah keganasan itu juga mencatatkan peningkatan berbanding 436 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Kedudukan jenayah keganasan di Kelantan sehingga semalam meningkat yang antara lain disebabkan berlaku pergaduhan gara-gara tidak berpuas hati atas perkara yang kecil dan remeh temeh.

“Antaranya sesama jiran bergaduh cuma disebabkan salah faham membuang sampah atau ranting pokok yang dipotong masuk ke halaman rumah sebelah malah ada juga pertelingkahan antara adik-beradik,” katanya pada majlis persaraannya sebagai Timbalan Ketua Polis negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini semalam.

3 comments:

  1. kalau tuan tuan nak tahu hantar lah para penyelidik ke kelantan untuk mengkaji gejala sosial remajanya masakini.

    ReplyDelete
  2. Itu tak termasuk jenayah rakyat Kelantan yang berada di negeri lain..

    ReplyDelete
  3. AKU SETUJU.AKU PUN ORANG KELANTAN.TAPI AKU MELUAT DENGAN PAS.MEREKA JADIKAN KELANTAN MACAM SAMPAH.
    LIHAT KOTA BHARU,PASIR MAS MACAM ROJAK.PASIRMAS KLAGI TERUK.PASAR PUN TAK ADA.TAPI AKU PELIK KAWASAN PASIR MAS NI TEGAR PAS.

    ORANG PAS NI NAKKAN SYURGA.MEREKA INGAT SYURGA HAK MEREKA.LAGI BESAR SERBAN MEREKA LAGI KUATLAH GADUHNYA SEBAB MEREKA NAMPAK ORANG LAIN JAHIL.

    TENTANG REMAJA ,USAH CERITALAH.REMAJA PAS YANG PALING BANYAK MASALAH,PENAGIH ,PENCURI,PEBNGEDAR DAN PEROGOL PUN ADA.

    TAPI ORANG PAS BUAT TAK NAMPAK HAL NI SEBAB TERLALU BERKIBLAT DENGAN AJARAN SESAT MEREKA.

    CEMBEURU ,DENGKI IRI HATI MEMAMNG TEBAL DIKALANGAN MEREKA.
    TAPI PERGI MESJID HARI HARI,CERAMAH HARI HARI,DOK MENGUTUK MENGATA,MACAM KAT KAMPONG AKU,KERJA CERAMAH MEREKA KUTUK SANA KUTUK SINI.

    TAK CAYA .DTGLAH DENGAR CERAMAH MEREKA.

    TAPI SATU MEREKA LUPA ,CERAMAH MEREKA ITU DIDALAM MESJID YANG DIBINA OLEH UMNO 20 TAHUN YANG LALU.

    MESJID YANG PAS BINA HARAM SATU PUN TAK ADA.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails