Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, August 8, 2010

BN boleh menang besar jika UMNO bertanding di kerusi MCA

















Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN perlu berfikir untuk memenangkan BN lebih dari kepentingan parti masing masing seperti MCA, MIC dan sebagainya. Kita dapat lihat pada pilihanraya yang lepas BN menguasai kerajaan dengan kebanyakannya kerusi UMNO. Manakala MCA dan MIC tewas hampir di semua kerusi yang mereka tandingi. Jika pemimpin MCA dan MIC mementingkan kemenangan BN maka mereka perlu bertoleransi kepada pemimpin UMNO yang pasti akan dapat menguasai kerusi yang mereka tandingi.

MCA dan MIC perlu mengenalpasti kawasan mereka yang  tidak dapat mereka kuasai untuk diserahkan sementara kepada UMNO dalam memastikan BN menang besar pada pilihanraya akan datang. Kita semua tahu kawasan yang ditandingi MCA dan MIC majoritinya adalah melayu dengan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus melayu dan 40 peratus bukan melayu. Sudah pasti peluang untuk menang lebih cerah jika UMNO bertanding menentang DAP.

MCA tidak boleh mementingkan diri sendiri dalam hal pembahagian kerusi kerana mereka perlu sentiasa cermin diri sendiri tentang dimanakah kekuatan mereka sekarang. Yang mana lebih penting BN menang atau MCA bertanding tetapi tewas ditangan DAP durjana. Kita semua tahu DAP juga bukanlah parti yang kuat di negara ini walaubagaimanapun mereka boleh meratah MCA bila-bila masa sahaja dengan bantuan penyokong fanatik PAS yang sanggup bersekongkol dengan DAP yang bencikan negara islam itu.

Sudah sampai masanya MCA berkorban demi kemenangan BN dan sudah pasti BN tidak akan melupakan jasa anda dan seterusnya melantik anda sebagai senator untuk menjadi wakil bangsa anda di parlimen kelak. Ingatlah segala jasa dan pengorbanan UMNO selama ini. sudah tiba masanya MCA pula berkorban demi keamanan, kemajuan dan ketenteraman negara. Jika BN menang besar selepas ini maka tiada apa lagi yang dapat dilakukan oleh parti pembangkang yang boleh menggugat kekuatan dan penguasaan BN.

Parti-parti lain di dalam BN juga perlu berusaha untuk memastikan kemenangan besar BN pada pilihanraya ke 13 nanti. Jangan ada sebarang perasaan iri hati, tamak dan mementingkan diri dalam usaha memastikan kemenangan BN. Bermesyuaratlah dan bermuafakat secara rasional untuk kepentingan negara yang kita semua sayangi ini. Ingat pengorbanan anda hari ini akan memberi impak yang besar kepada generasi seterusnya.

3 comments:

  1. kawasan majoriti melayu mesti umno yang bertanding.manakala kawasan banyak cina atau hindu bagi depa bertanding.amacam ada berani?

    ReplyDelete
  2. Hampir semua kawasan adalah majoriti melayu sebenarnya.

    ReplyDelete
  3. Tu lah pasal. Rasenya di KL dan Penang saja ade Parlimen yg dikuasai kaum Cina, tempat2 lain majoriti melayu. Tp kalau macam tu MIC x leh bertandingla sbb xde satu pun tempat majoriti India.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails