Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Sunday, August 22, 2010

Proton tawar diskaun separuh harga sempena musim perayaan

KUALA LUMPUR – Bagi menggalakkan orang ramai melakukan pemeriksaan dan menyelenggara kenderaan mereka sebelum pulang ke kampung pada Aidilfitri kali ini, beberapa pengeluar kenderaan menawarkan diskaun harga.

Pengeluar kereta nasional negara, Proton menawarkan potongan sehingga 50 peratus untuk caj tenaga kerja apabila pengguna menukar alat ganti tertentu seperti pad brek dan penyerap kejutan atau ”shock absorber”.

Jurucakap Pusat Servis Proton di Glenmarie, Shah Alam ketika dihubungi berkata, promosi bermula sejak Selasa lepas sehingga 1 Syawal ini dan ditawarkan di semua pusat servis Proton yang diiktiraf di seluruh negara.

Diskaun turut ditawarkan pengeluar kenderaan Jepun, Honda menerusi kempen 3S Honda yang telah berlangsung sejak 1 Julai lepas dan berakhir 30 September ini.
Honda dalam satu kenyataan hari ini berkata, antara lain promosi menawarkan penjimatan sehingga 25 peratus untuk alat ganti bagi pelanggan sedia ada, selain memberi baucar kepada mereka yang membelanjakan lebih RM300 di semua pusat servisnya.
Tidak ketinggalan pengeluar kenderaan Korea Selatan, Hyundai, yang memulakan kempen servisnya sejak Jumaat lepas sehingga 1 Syawal ini.

Pemilik kenderaan tersebut berpeluang menikmati potongan sebanyak 10 peratus untuk caj tenaga kerja dan 20 peratus potongan untuk caj servis di semua pusat servisnya seluruh negara. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails