Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, August 18, 2010

BN lebih kuat tanpa MCA

















Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN perlu berfikir untuk memenangkan BN lebih dari kepentingan parti masing masing seperti MCA, MIC dan sebagainya. Kita dapat lihat pada pilihanraya yang lepas BN menguasai kerajaan dengan kebanyakannya kerusi UMNO. Manakala MCA dan MIC tewas hampir di semua kerusi yang mereka tandingi. Jika pemimpin MCA dan MIC mementingkan kemenangan BN maka mereka perlu bertoleransi kepada pemimpin UMNO yang pasti akan dapat menguasai kerusi yang mereka tandingi.

Sudah sampai masanya MCA dikorbankan demi kemenangan BN dan sudah pasti BN boleh mencapai kemenangan jika UMNO menentang DAP di kawasan cina. Kita semua tahu kawasan yang ditandingi MCA  majoritinya adalah melayu dengan nisbah 60:40 iaitu 60 peratus melayu dan 40 peratus bukan melayu. Kawasan ini masih lagi penduduk majoritinya melayu walaupun secara turun temurun diberikan kepada MCA.Sudah pasti peluang untuk menang lebih cerah jika UMNO bertanding menentang DAP di kawasan tersebut.

Kaum cina masih boleh diwakili oleh parti Gerakan yang masih lagi mengekalkan rekod bersih dalam menjaga kepentingan bangsa lain tanpa mengguris hati orang melayu berbanding dengan parti MCA yang semakin besar kepala walaupun tidak sedar yang kedudukan parti mereka sangat lemah.


Jika BN menang besar selepas ini maka tiada apa lagi yang dapat dilakukan oleh parti pembangkang yang boleh menggugat kekuatan dan penguasaan BN.

Parti-parti lain di dalam BN juga perlu berusaha untuk memastikan kemenangan besar BN pada pilihanraya ke 13 nanti. Jangan ada sebarang perasaan iri hati, tamak dan mementingkan diri dalam usaha memastikan kemenangan BN.

2 comments:

  1. Saya sudah sampai masanya BN memikir untuk berdikari tanpa MCA. Mulalah strategi dari sekarang untuk mendapat sokongan padu orang Melayu dan mula bergerak kearah pemerintahan secara islam. Perkara ini perlu di warwarkan supaya Melayu dapat memberi sokongan kuat dan bagi bukan Islam pula, they know what to expect. Tunjukkanlah keindahan Islam yang mencakupi semua segi kehidupan dalam bentuk perundangan.

    ReplyDelete
  2. aku dah lama setuju.
    berdikari lebih baik daripada dibantu mca dan mic.

    mereka semua tak buat kerja.

    masa pilihanraya pun umno jgak yang bersusah payah.

    mca dan mic mana ada bantu?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails