Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, August 17, 2010

Kenali siapakah budak setan ni?

SINOPSIS DRAMA LAGENDA BUDAK SETAN (mstar)

Tarikh Siaran: 10 Ogos 2010 (setiap selasa)
Masa: 10.30 pm
Pelakon: Jue Aziz, Maslina Nasir, Farid Kamil, Melissa , Arifah , Nas T dan Ngasriah Ngasri.

TV : ASTRO PRIMA

Episode : 26
Sinopsis Filem & novel : http://bit.ly/lagendabudaksetan



Siri itu bermula dengan kenakalan Kasyah (Farid Kamil), seorang pelajar nakal yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain bersama beberapa rakannya. Namun sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru bernama Ayu (Maslina Nasir), lalu membuatkan dia jatuh cinta.

Walaubagaimanapun, bekas kekasih Ayu bernama Azmi (Nas-T) tiba-tiba muncul menagih semula cintanya. Ayu terpaksa menerima Azmi atas paksaan Mak Leha (Arifah Damanhuri) walaupun sebenarnya dia semakin menyayangi Kasyah.

Selepas Ayu bernikah dengan Azmi, hati Kasyah hancur berkecai dan hidupnya menjadi tidak terurus. Selepas berkahwin, hidup Ayu tidak bahagia dan suatu malam setelah dibelasah teruk oleh Azmi, dia memandu dengan laju sehingga mengalami kemalangan yang teruk.


Ayu bernasib baik kerana umurnya masih panjang namun wajahnya sudah tidak secantik dulu. Lantaran Ayu memulakan hidup barunya dengan wajah baru serta nama baru, Emilia (lakonan Jue Aziz).

Suatu hari, Ayu atau Emilia dipertemukan dengan Kasyah dan cinta mereka kembali bertaut. Kejadian yang membawa kisah cinta ini ke satu sisi yang lain dan menemukan Katerina (lakonan Melissa Maureen Rizal) dengan Kasyah. Siapakah pula Katerina? Dan apakah yang terjadi dan bagaimanakah pengakhiran jalan cerita ini.

Ketahui jawapan pada kisah cinta tragis ini dalam drama Lagenda Budak Setan yang bakal bersiaran setiap Selasa bermula pada 10 Ogos ini jam 10.30 malam menerusi Astro Prima di saluran 105

Dalam drama berkenaa, Maslina memegang watak Ayu, sebelum wanita malang itu melakukan pembedahan ke atas wajahnya dan menukar nama menjadi Emilia (Jue). Dia akan muncul daripada episod pertama sehingga episod 16, daripada 26 episod drama berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails