Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Friday, August 13, 2010

Susahnya jadi ahli UMNO

Ada satu gerakan yang telah dimulakan oleh pemimpin Pakatan untuk menyaman apa sahaja bantuan kerajaan kepada ahli UMNO yang layak menerima. Mereka akan menyaman sesiapa sahaja yang dibantu kerajaan tidak kira dalam bidang apa sekalipun. Peliknya Tindakan kerajaan Perak sebelum ini yang memberi hakmilik tanah 999 tahun kepada bangsa cina tak pula di saman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teja, Chang Lih Kang sekali lagi membuat laporan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang pemimpin Umno peringkat bahagian.

Lih Kang mendedahkan bahawa sebidang tanah yang sedang diusahakan oleh para penternak ikan hiasan dan petani telah diluluskan kepada sebuah syarikat milik seorang pemimpin Umno berkenaan.

Bantuan tanah diberikan kerajaan jika syarikat itu sememangnya layak dan juga boleh menjana keuntungan kepada kerajaan dan seterusnya juga memberi kesan kepada masyarakat sekeliling dari segi ekonomi setempat

Tindakan adun pembangkang ini hanyalah bertujuan politik semata-mata. Apa kata jika Adun teja boleh tolong jadi wakil kepada peniaga di bazar komtar yang dihalang berniaga oleh KM Pulau Pinang yang jelas berkepentingan peribadi dan cuba melemahkan ekonomi orang Melayu di Pulau Pinang. 

Selepas ini segala bantuan kepada rakyat terutamanya orang melayu dan Umno akan di saman oleh parti pembangkang dalam usaha mencari populariti. Jika kerajaan tertekan dengan tidakan saman ini maka kerajaan mungkin mengambil jalan selamat dengan mengenepikan bantuan kepada orang melayu dan ahli UMNO sebaliknya membantu orang Cina, orang Pas dan PKR yang tengah laparkan projek projek kerajaan negeri

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails