Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Monday, August 23, 2010

Budak cedera kena mercun. Padan Muka!!!!

Padan muka kau, buat bising main mercun!
Padan muka bapa kau bagi duit main mercun!
Padan muka mak kau tak larang anak main mercun!

ALOR STAR: Seorang pelajar tahun dua cedera di tapak tangan kanan apabila mercun bola meletup dalam tangannya, ketika bermain bahan api itu di rumah rakannya di Kampung Kubang Besar, Pokok Sena dekat sini.

Menurut bapa saudara mangsa yang enggan dikenali, kejadian berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam ketika mangsa yang berusia 8 tahun, sedang bermain bersama rakan-rakannya.

"Kejadian itu berlaku apabila mangsa mengambil semula mercun yang dibalingnya kerana tidak meletup, tapi mercun itu kemudiannya meletup dalam tangannya secara tiba-tiba," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata pelajar Sekolah Kebangsaan Nawa itu pulang ke rumah sambil menangis dan memberitahu ibunya tentang kejadian itu sebelum dia dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah oleh jirannya untuk mendapatkan rawatan.

Bapa saudaranya berkata, anak saudaranya itu kini berada dalam keadaan stabil dan masih dirawat di hospital berkenaan.-Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails