Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, October 6, 2010

PM: 80 peratus rakyat Malaysia mahu bonus untuk kakitangan Awam.


Servey keatas pelawat-pelawat blog cikguleepk yang berjumlah hampir 50 ribu orang mendapati hampir 80 peratus rakyat Malaysia mahu kakitangan awam mendapat bonus untuk tahun 2010. Servey ini telah dijalankan selama hampir sebulan dan telah diundi oleh 300 orang pelawat yang terdiri daripada kebanyakannya kaum lelaki yang belum mempunyai anak (golongan muda) dan mengundi dari rumah masing-masing.

Pengundian masih lagi diteruskan untuk dijadikan medium terbaik untuk rakyat Malaysia menyampaikan hasrat mereka kepada yang amat berhormat Perdana Menteri Malaysia yang sentiasa mendengar dan memahami hasrat dan denyut nadi rakyat.

Semoga seluruh rakyat Malaysia akan mendapat berita gembira ketika pembentangan bajet yang akan datang yang pastinya menggembirakan 80 peratus rakyat Malaysia khasnya. Dan secara amnya hampir setiap keluarga di Malaysia mempunyai ahli keluarga sebagai penjawat awam yang pastinya nikmat bonus tersebut akan dirasai oleh semua rakyat Malaysia hendaknya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails