Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, August 31, 2010

Pelbagai taktik elak ditangkap khalwat malam merdeka





SHAH ALAM— Seramai 22 pasangan kekasih warganegara tempatan yang dipercayai berkhalwat ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam “Operasi Sayang” sempena sambutan ambang Merdeka ke-53 malam tadi dan awal pagi ini.

Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi ini.

Beliau berkata pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik.

"Curiga dengan tindakan itu, pihak kami pada mulanya pergi ke sebuah bilik yang didaftar namun tiada orang di dalamnya sebelum menyerbu ke sebuah bilik lagi.

"Di bilik itu, anggota JAIS yang terpaksa memecah masuk setelah pintu tidak dibuka mendapati ada seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim berada di dalamnya,” kata beliau ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Selain pasangan itu, Nurhamizah berkata terdapat seorang wanita yang disyaki berkhalwat dengan lelaki bukan Islam menggunakan nama kekasihnya dalam buku pendaftaran bilik sewa hotel bagi mengaburi pihak Jais.

Nurhamizah berkata kesemua pasangan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke ibu pejabat Jais di sini untuk diambil keterangan dan diikat jamin sebelum dibebaskan.

Beliau berkata pasangan yang disyaki berkhalwat itu akan didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, katanya lelaki bukan Islam itu tidak akan didakwa oleh Jais. — Bernama

Calon Isteri Big Boss Naza Motor





Adui amoi yang cun Marion Caunter bakal berkahwin dengan bos besar Naza KIA, SM Nasarudin Disember ini. Mereka berdua sudah pun bercinta selama 5 tahun. SM Nasarudin berumur 27 tahun manakala Marion Caunter 30 tahun.

Namewee diambil tindakan

KUALA LUMPUR 30 Ogos – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee jika dia terbukti melakukan kesalahan ekoran penerbitan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (gambar) menegaskan, perkara sensitif sebegini tidak boleh dibiarkan dan merupakan satu langkah yang silap serta tidak boleh dimaafkan

“Saya telah mendapat taklimat daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengenai perkara tersebut dan sehubungan itu mengarahkan siasatan menyeluruh dibuat dengan mengambil kira segala aspek.

“Perbuatan seumpama itu tidak boleh dimaafkan jika terbukti dia mempersendakan isu berkaitan kaum sehingga mencetuskan rasa tidak senang di kalangan rakyat,’’ tegasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia melalui e-mel ketika diminta mengulas mengenai tindakan Meng Chee yang menerbitkan klip video berunsur perkauman.

Helah untuk tingkatkan pendapatan dari blog anda

Mari tingatkan pendapatan dari blog anda

Jika Anda memiliki sebuah blog, posting url anda ke ruangan komen di sini sehingga Anda akan dapat meningkatkan lalu lintas ke blog Anda. , bahkan lebih baik ianya juga akan meningkatkan jumlah tayangan dan klik anda. Jika Anda menggunakan Advertlet atau nuffnang (jika semua orang yang posting blog di sini klik 3 iklan di setiap blog diposting, kita semua akan membuat wang). Tentu saja, Anda tidak diwajibkan untuk mengklik iklan, tapi sila klik jika ada iklan yang benar-benar membuat anda tertarik

saya akan mula mengklik iklan di 3 blog berikut ......

Ini merupakan teknik saya klik iklan awak, awak klik iklan saya pula.

INGATLAH JIKA KITA BANYAK MENOLONG ORANG PASTI ORANG AKAN BANTU KITA JUGA.

SELAMAT MENCUBA

Kan ke berbeza lawatan dengan ceramah di Masjid, Janganlah bangang sangat


PUTRAJAYA 30 Ogos - Umat Islam perlu tahu membezakan konteks lawatan ke masjid atau surau berbanding mempergunakan masjid bagi tujuan politik dalam keadaan tidak beradab, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau yang terkilan dengan perkembangan politik di Selangor baru-baru ini, berkata, dalam kejadian itu, mereka yang memberi sumbangan datang daripada latar belakang parti sosialis yang selama ini semua maklum dan sedar tujuannya mahu membeli “jiwa” umat Islam supaya menyokong perjuangan dan pemerintahan mereka.

"Langkah ini tidak akan menjadi begitu menghiris jiwa orang Melayu jika majlis itu diadakan di pekarangan surau atau masjid berkenaan.

"Jika kariah masjid atau surau itu beria-ria sangat hendak terima sumbangan daripada pihak sosialis, kenapa perlu langgar titah sultan. Mereka yang hendak memberi sumbangan tidak perlu pun hadir hingga ke ruang solat untuk berbuat demikian,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan yang dipetik dari laman blog Selangordaily bahawa Ahli Parlimen Selayang, William Leong dibenarkan masuk ke ruang solat Masjid At-Taqwa, Selayang Baru untuk memberi bantuan.

Kejadian itu berlaku sehari selepas Ahli Parlimen Serdang dari DAP, Teo Nie Ching “bertazkirah” di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral tanpa menutup aurat.

Mengulas lanjut, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO, berkata, perkembangan perkara itu amat mengejutkannya kerana ia mendapat sokongan daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sekali lagi tampil membuat kenyataan mengelirukan umat Islam.

"Kini, apabila Nie Ching dalam keadaan berhadas besar masuk ke ruang solat di Surau Al-Huda, Nik Abdul Aziz berkata “kita sekarang berada di zaman moden, jangan jadi jahil”, lepas ini apa lagi “bala” nak datang?

"Kenyataan-kenyataan sebegini ternyata hanya membawa kepada keadaan yang mengelirukan sesama kita orang Islam.

"Saya kira dalam perkara yang menyentuh soal pegangan agama, pemimpin parti politik perlu berani menyatakan perkara sebenar dan mengambil tindakan jelas dan nyata serta mengelakkan kenyataan-kenyataan yang boleh terus menerus mengelirukan orang Islam,” katanya. - Bernama

Isu Masjid: Rating blogger Umno meningkat

Alhamdulillah, Alhamdulillah, alhamdulillah



Amoi cun Marion Caunter akan kahwini big bos Naza Kia





Adui amoi yang cun Marion Caunter bakal berkahwin dengan bos besar Naza KIA, SM Nasarudin Disember ini. Mereka berdua sudah pun bercinta selama 5 tahun. SM Nasarudin berumur 27 tahun manakala Marion Caunter 30 tahun.

Monday, August 30, 2010

100 model italy dengar ceramah islam, bukannya dengar ceramah gadis cina




























Walaupun model-model ini telah dibayar untuk menghadiri ceramah kebesaran agama islam oleh pemimpin Libya Muammar Gaddafi. Usaha ini perlu diteruskan dalam usaha menegakkan syiar islam di dunia ini. Harapnya pemimpin PAS akan mengaktifkan kembali aktiviti dakwah mereka daripada asyik memaki hamun, menyebar fitnah dan mengadudomba dalam usaha memecahbelahkan umat islam di Malaysia.

Lepas amoi ceramah di surau, kini pelajar beraksi seks di surau


Dah buang tebiat agak’nya, kali ini pelajar dari Serawak pula buat hal dengan merakam aksi lucah mereka di surau, memang kurang ajar! Aksi seks oral tersebut telah dilakonkan oleh pelajar tingkatan 2 di sekolah berkenaan ketika guru-guru sibuk menghadiri mensyuarat akhir tahun.

Video tersebut juga jelas memaparkan lencana sekolah yang terdapat pada tudung pelajar perempuan terbabit, manakala pelajar lelaki pula sibuk dengan tugas mengarah & merakam. Pelajar perempuan tersebut telah dipindahkan ke sekolah lain kerana malu, manakala si lelaki’nya pula masih kekal di sekolah yang sama.

Nampak’nya, pelajar zaman sekarang sudah tidak mengira tempat untuk melampiaskan nafsu, asalkan dapat lepas sangap. Kalau surau yang sepatut’nya dijadikan tempat beribadat & belajar pun telah dicemari dengan maksiat, apakan pula di tempat-tempat lain?

Buat yang mencari video 3gp pelajar Serawak ini, sorry arr.

18 SX : Lagi kisah bendera di hina. Budaya ni pembangkang lah yang bawa ni.











Lagi gambar bendera Malaysia di hina. Budaya bencikan negara semakin hari semakin menjadi ikutan rakyat Malaysia. Ini merupakan kejayaan berganda pihak pembangkang dalam menanam kebencian terhadap negara, bendera negara, institusi di raja, pemerintah negara, rukunnegara dan juga umat islam di Malaysia. Tahniahlah ye untuk pihak pembangkang

















PAS tidak hirau kemarahan umat islam

SIK 29 Ogos - Tindakan pembangkang yang menjadikan masjid dan surau sebagai tempat berpolitik tanpa mengira keadaan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Katanya, isu seperti doa untuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat dan majlis ‘tazkirah’ seorang wakil rakyat DAP di sebuah surau di Selangor menyebabkan banyak pihak marah kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Oleh kerana itu, katanya, kerajaan terpaksa tampil membuat penjelasan mengenai keadaan sebenar kepada pihak terbabit agar tidak menjadi masalah besar hingga boleh menimbulkan pergeseran. - Bernama

Sunday, August 29, 2010

Gro eksklusif ditahan di Batu Pahat



JOHOR BAHARU - Salah sebuah kelab malam berkelas tinggi di Batu Pahat diserbu awal pagi tadi dan 45 orang pelayan pelanggan (GRO) dari China dan seorang dari Vietnam telah ditahan.

Ketua Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Negeri, DSP Tan Hiap Seng berkata, berbanding kelab malam lain yang mempunyai pelanggan, operasi di kelab itu dianggap lebih berkelas tinggi.

"GRO asing di sini memberi khidmat seks kepada pelanggan kelas tinggi dengan mengenakan bayaran antara RM300 hingga RM500. Berdasarkan pakaian seksi dan mahal yang mereka pakai, kita percaya wanita-wanita terbabit memberikan perkhidmatan seks secara eksklusif kepada pelanggan tertentu,” katanya. - Bernama

Malaysia teruskan aksi lembik di Kejohanan badminton dunia

Malaysia mempunyai sejarah yang amat gemilang dalam sukan badminton, pemain-pemain seperti Eddy Choong, Punch Gunalan, Misbun Sidek, Rashid Sidek, Ong Ewe Hock, Yong Hock Kin, Wong Choon Hann dan pemain nombor satu dunia masa kini Dato Lee Chong Wei telah memberikan Malaysia banyak gelaran Dunia termasuklah kejuaraan All England, kejuaraan Piala Thomas dan menjadi penyumbang utama pingat emas buat Malaysia di Sukan Komanwel (boleh dikatakan simpanan tetap untuk Malaysia di Sukan Komanwel), Sukan Sea mahupun Sukan Asia.

Cuma hanya dua gelaran yang belum pernah dinikmati Malaysia adalah pingat emas sukan Olimpik dan juga kejuaraan Badminton Dunia.

selanjutnya klik sini

fuyyoo , pecah rekod....oooo.

Hahaha....sebenarnya tak hebat sangat pun tetapi blog ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada anda semua kerana telah menziarahi blog ini dan memecahkan rekod peribadi blog ini dengan kehadiran lebih seribu pengunjung dalam tempoh 24 jam.



Video: Budak terbang , stor mercun meletup

Kita tak lembut

PEKAN 28 Ogos - Malaysia tidak pernah berlembut dalam menangani isu demonstrasi melibatkan sekumpulan rakyat Indonesia yang mencemarkan kedaulatan negara di Jakarta.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, berikutan itu, beliau mahu pemerintah Indonesia mengambil langkah- langkah perlu bagi membendung insiden di negara itu daripada berlarutan.

Beliau mengingatkan bahawa jika demonstrasi tersebut berlarutan, ia mungkin menimbulkan kemarahan dan reaksi negatif rakyat negara ini.

''Tidak, kita tidak berlembut dalam soal ini. Apa yang penting adalah tindakan pihak berkuasa Indonesia untuk tidak membiarkan perkara ini berlarutan terutama sekali terhadap mereka yang melakukan demonstrasi, kawalan di Kedutaan Malaysia dan apa-apa tindakan lain yang perlu diambil pemerintah Indonesia.

''Kita boleh jamin bahawa kita akan kawal keadaan di Malaysia tetapi kalau keadaan di Indonesia keterlaluan sangat, ia akan menjadi satu yang menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia. Kalau berterusan, ia akan mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan dividen Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB), Tanam Semula Komersial (TSK) dan zakat RISDA di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan sebuah pertubuhan di Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) yang berazam meneruskan perjuangan mereka dan tidak akan berhenti daripada melakukan protes terhadap Malaysia.

Isnin lalu, sekumpulan rakyat Indonesia bertindak memijak Jalur Gemilang dan melemparkan najis manusia ketika berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Najib memberitahu, beliau telah menerima sepucuk surat daripada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berhubung isu yang sedang berlaku itu.

''Saya belum tengok lagi apa isi kandungannya tetapi saya percaya ia melahirkan rasa dukacita Indonesia terhadap apa yang berlaku.

''Apa yang penting adalah kita tidak biarkan perkara ini menjadi satu yang merosakkan hubungan dua hala antara Indonesia dan Malaysia.

''Hubungan ini saling menguntungkan dan Indonesia pun faham bahawa mereka mempunyai dua juta pekerja mereka di Malaysia dan banyak pelaburan Malaysia di Indonesia yang memberi faedah kepada perkembangan ekonomi mereka,'' katanya

Beliau berkata, kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama dan tidak akan membiarkan perkara itu menjadi satu yang boleh mengancam hubungan dua hala.

Ditanya tindakan pihak media Indonesia yang sering memperbesarkan isu berkaitan soal pekerja mereka di Malaysia, Najib menjelaskan, pihak berkuasa Malaysia sentiasa menangani isu yang timbul itu mengikut undang-undang.

Wanita dicekup, curi syiling lift.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 38 tahun kempunan selepas gagal menjual penutup siling lif yang baru dicuri bersama dua rakannya apabila dicekup pengawal keselamatan di sebuah pangsapuri di Taman Muda di sini, Isnin lalu.

Bagaimanapun, dua rakan subahat wanita terbabit berjaya meloloskan diri walaupun sudah dikepung dua pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, ketiga-tiga suspek dipercayai menceroboh bangunan asrama milik sebuah kolej yang sudah ditinggalkan sebelum mencuri barangan berharga dalam bangunan berkenaan.


Menurut sumber, kelibat mereka bertiga yang sedang membawa barang dalam keadaan mencurigakan disedari dua pengawal keselamatan di kawasan itu dan cuba menahan mereka.


“Tersentak dengan kehadiran pengawal keselamatan itu, dua lelaki terbabit melarikan diri, manakala wanita berkenaan ditahan.


“Hasil pemeriksaan pengawal keselamatan itu mendapati kumpulan terbabit mencuri penutup siling lif di bangunan milik sebauh kolej bersebelahan pangsapuri itu,” katanya.


Pengawal keselamatan yang sedar akan perbuatan kumpulan terbabit itu segera menghubungi polis sebelum pihak berkuasa berkenaan menahan wanita terbabit.


Sehubungan itu, pengawal keselamatan itu tampil di Balai Polis Pandan Indah, di sini, untuk membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah.


Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Alhamdulillah: Tol percuma sempena merdeka dan diskaun hari raya aidilfitri













GEMAS 28 Ogos - Sempena ulang tahun ke-53 kemerdekaan negara, empat syarikat konsesi lebuh raya negara bersetuju memberi diskaun 20 peratus manakala sebuah lagi syarikat konsesi iaitu Lingkaran Transkota Sdn Bhd (LITRAK), memberi laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, tol percuma untuk pengguna LDP akan bermula dari jam 12.01 pagi 31 Ogos sehingga tengah malam hari kemerdekaan.

Katanya, tol percuma ini diberi kepada semua jenis kenderaan termasuk kenderaan perdagangan seperti teksi, bas dan lori.

''Sebanyak 450,000 kenderaan yang menggunakan LDP bakal menikmati pemberian tol percuma itu," katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan Ramadan Parlimen Tampin dan UMNO Bahagian Tampin di Kampung Bangkahulu, Gemas hari ini.

"Ini merupakan julung kali sebuah syarikat konsesi memberi tol percuma kepada rakyat negara ini dan langkah ini diharap menjadi ikutan syarikat-syarikat konsesi yang lain," kata Shaziman.

Sementara itu, tiga syarikat konsesi lain iaitu Plus Expressway Berhad (Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Seremban-Port Dickson), Linkedua Sdn Bhd (Johor Baharu ke Singapura) serta Elite Sdn Bhd (Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah) bersetuju memberi diskaun 20 peratus pada 31 Ogos dan 1 September ini.

Shaziman berkata, pemberian diskaun tol itu hanya untuk pengguna lebuh raya kelas pertama sahaja (kereta persendirian).

Diskaun 20 peratus itu hanya akan diberi kepada pengguna yang melalui lebuh raya berkenaan dari jam 12 tengah malam hingga 7 pagi pada 31 Ogos dan 1 September.

"Hari siang iaitu dari jam 7 pagi hingga 12 tengah malam tidak akan ada diskaun," katanya.

Diskaun itu bersifat 10+10 peratus kerana pengguna lebuh raya berkenaan sudah sedia menikmati diskaun sebanyak 10 peratus jika melalui lebuh raya itu pada tengah malam.

Katanya, bagaimanapun di lebuh raya Linkedua yang menghubungkan Johor dan Singapura, diskaun itu tidak akan dinikmati oleh pengguna lebuh raya yang memasuki Tol Tanjung Kupang.

Ketika ditanya sebab masih ada syarikat yang tidak memberi diskaun, beliau menjawab: "Ini baru langkah pertama, kita tidak boleh memaksa mereka. Lama kelamaan syarikat lain akan mengikuti jejak langkah yang diambil oleh keempat-empat syarikat ini."

Beliau berkata, langkah itu juga merupakan salah satu cara untuk syarikat-syarikat konsesi menunjukkan sokongan mereka kepada rakyat Malaysia selepas mendapat banyak keuntungan daripada perjalanan yang dibuat oleh mereka.

"Kita berharap diskaun yang sama akan diberi semasa cuti perayaan pada Aidilfitri, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru Cina," katanya. - BERNAMA

Video eksklusif: Bayi terbang, stor mercun bapa meletup

Totenham Hospurs Jumpa Arsenal di pusingan ke 3 Carling Cup










Most Successful Club : Liverpool FC ( 7 )
Current Champion : Man Utd ( 4 )
Full Draw:
Brentford v Everton
Portsmouth v Leicester
Stoke v Fulham
Chelsea v Newcastle
Aston Villa v Blackburn
Tottenham v Arsenal
Millwall v Ipswich
Wolves v Notts County
Burnley v Bolton
Birmingham v MK Dons
Liverpool v Northampton Town
Scunthorpe v Manchester United
West Brom v Man City
Sunderland v West Ham
Peterborough v Swansea
Wigan v Preston

Saturday, August 28, 2010

Amaran kuning: Warga Malaysia perlu berhati-hati di Indonesia

PASIR GUDANG 28 Ogos – Lebih daripada 6,000 pelajar Malaysia di Indonesia diarah berwaspada dan berhati-hati berikutan gerakan anti-Malaysia yang dianjurkan oleh Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di negara itu.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementeriannya telah mengeluarkan arahan tersebut kepada semua pelajar tempatan di Indonesia melalui Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta.

"Kementerian memantau situasi itu dan setakat ini tidak ada laporan pelajar kita menjadi mangsa gerakan itu,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah dan ibu tunggal di Bandar Seri Alam dekat sini hari ini.

Khaled yakin kerajaan Indonesia akan melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan semua pelajar Malaysia.

Beliau juga percaya bahawa pelajar terbabit mampu menangani sendiri situasi tegang tersebut melalui pelbagai persatuan mahasiswa.

Bendera baru-baru ini dilaporkan berdemonstrasi dan melemparkan najis manusia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta serta merancang mengusir keluar rakyat negara ini dari Indonesia.

Ia sebagai bantahan insiden di perbatasan perairan Malaysia-Indonesia berhampiran Bintan, Kepulauan Riau, di mana bahagian penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menahan lima nelayan Malaysia dan Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai penguat kuasa kementerian negara itu, kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.

Tahanan kedua-dua belah pihak itu telah dibebaskan pada 17 Ogos lepas. – Bernama

Nurul Izzah Ke Indonesia lepas tu satu kumpulan di upah lempar tahi dan pijak bendera Malaysia


Sungguh luar biasa tidak sampai seminggu Anak al-liwati ke Indonesia. Bendera Malaysia diserang. Mungkinkah ada kaitan wallauhuallam

KUALA LUMPUR 27 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tunjuk perasaan yang diadakan di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia baru-baru ini dilakukan oleh kumpulan-kumpulan upahan.

Perdana Menteri berkata, kumpulan-kumpulan itu diupah pihak tertentu untuk melakukan demonstrasi dengan tujuan merenggangkan hubungan antara kedua-dua negara.

"Itu tujuan dia supaya kita marah, kita bertindak balas dan renggang hubungan dengan Indonesia. Jadi kita jangan terperangkap dengan mainan ini,” katanya dalam satu persidangan akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini hari ini.

Semalam kira-kira 600 penunjuk perasaan bersikap liar dengan membakar dan meludah Jalur Gemilang dan berteriak “ganyang Malaysia” bagi membantah apa yang mereka dakwa pencerobohan pihak berkuasa Malaysia di perairan perbatasan kedua-dua negara.

Najib berkata, beliau tidak menganggap tindakan tunjuk perasaan itu mencerminkan pendirian pemerintah Indonesia kerana kedua-dua negara mempunyai hubungan yang sangat baik.

Beliau berkata, Duta Indonesia di Malaysia Tan Sri Da’i Bachtiar juga sudah dipanggil untuk meminta pihak berkuasa Indonesia melakukan kawalan yang lebih ketat supaya perkara berkenaan tidak berlaku lagi. – Bernama

Wow: Blogger PAS bantai ZAID IBRAHIM

Blogger PAS Panglima 7 yang memiliki blog http://daulatpang5.blogspot.com/ membantai bakal timbalan presiden PKR kaki botol Zaid Ibrahim. Ikuti tulisan di bawah

Salam,

Zaid Ibrahim mengatakan bahawa Impian Pas untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai berdasarkan perjanjian yang pernah dimeterai di antara ketiga-tiga Parti PR pada Disember 2009.

Sila klik di sini

Suka Panglima ingatkan di sini.....Perjanjian ini adalah perjanjian manusia...ianya boleh berubah dan diubah bila tiba masanya nanti. Dan seperkara lagi.....ingin hamba perbetulkan......Hudud ini bukan Hudud PAS, bukan Pas yang buat atau cipta undang-undang dan peraturan serta hukuman ini.....hudud ini adalah Hududallah iaitu Hudud Allah. Ianya kepunyaan dan milik Allah. Sesiapa yang masih mengatakan ini Hudud PAS selepas datangnya kebenaran ini...Memang layaklah ianya dipanggil bengong atau bangang.

Buat Zahid Ibrahim....juga sesiapa sahaja.......Suka hamba ingatkan....Hukum Hudud bukan hanya sekadar Impian Parti PAS tetapi impian semua umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul di negara ini. Lain laa UMNO....beriman di bibir...di hati tolak hudud Allah. Kami akan pastikan Hukum dan Kalimah Allah Tertegak dan Tinggi di bumi Malaysia ini suatu hari nanti.

Kalau bukan generasi kami yang merasai perlaksanaan Perundangan Islam : Hudud dan Qisas di negara ini, anak-anak dan cucu kami InsyaAllah akan menikmati dan merasai bagaimana hebatnya keamanan dan keadilan hukum Allah ini di kemudian hari nanti.

Panglima7
Pelaksanaan Hudud, Qisas dan Takzir di Malaysia... Bukan satu Impian,
Ibarat Sinaran Bulan.....
Bukan satu khayalan.

*Kenyataan ini milik hamba dan bukan mewakili kenyataan mana-mana parti politik di Malaysia ini.

Untuk ke tulisan asal klik sini

Diperkosa sewaktu menunggu Lift.

Bukan gambar sebenar
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun bukan saja dipukul, malah turut dirogol lelaki tidak dikenali di kawasan tangga sebuah flat di Bandar Tasik Selatan, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa yang sedang menunggu lif untuk naik ke rumahnya selepas pergi ke kedai berhampiran, tiba-tiba didatangi seorang lelaki berusia lewat 20-an dari arah belakang.

Menurut sumber, suspek kemudian memegang tangan mangsa dan menutup mulutnya sebelum mengheretnya ke tangga kawasan perumahan itu.


“Suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaiannya sebelum berbaring. Namun, mangsa enggan menyebabkan lelaki terbabit berang.


“Lelaki terbabit kemudian menampar mangsa beberapa kali sebelum mengarahkannya mendiamkan diri,” katanya.


Sumber berkata, suspek kemudian menanggalkan seluar mangsa sebelum merogolnya.


“Belumpun puas melepaskan nafsunya, suspek bergegas melarikan diri selepas terdengar suara penduduk flet berhampiran,” katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudian pulang ke rumah sebelum memaklumkan kejadian itu kepada ibunya.


“Ibu mangsa membawa pelajar terbabit ke Balai Polis Salak Selatan sebelum membuat laporan berhubung kejadian itu,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman, ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Lepas berbuka puasa, jadi samseng belasah orang

Gambar hiasan

MELAKA – Seramai lapan lelaki termasuk tiga anggota tentera dan dua pelajar ditahan berikutan satu pergaduhan di Kampung Tun Razak, Bukit Katil di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, ACP Salehhudin Abd. Rahman berkata, polis tidak menolak kemungkinan pergaduhan yang berlaku pada pukul 9 malam akibat perselisihan faham antara dua kumpulan terbabit.

Turut dirampas di tempat kejadian ialah sebilah parang, batang besi, topi keledar, rotan, kabel dan besi besbal, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, hari ini.

Salehhudin berkata, lapan lelaki terbabit yang berusia antara 15 dan 27 tahun mengalami cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Melaka.

Semua mereka kini ditahan reman sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut dan kemungkinan beberapa orang lagi akan ditahan berhubung kejadian tersebut, katanya.

Beliau berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. – Bernama

Friday, August 27, 2010

Kerajaan kelantan tidak mampu beri RM500 kepada kakitangan awam negeri

DIULANG KERAJAAN KELANTAN HANYA MAMPU BAYAR GAJI.....NO BONUS...MAA


Kerajaan Pas Kelantan mampu membayar gaji kakitangannya tanpa berhutang daripada mana-mana pihak, kata Timbalan Pengerusi Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Abdul Fatah Harun.

"Kita (kerajaan negeri) masih mampu membayar gaji kakitangan walaupun mentadbir negeri ini dalam tempoh 20 tahun ini, tanpa perlu berhutang daripada mana-mana pihak termasuk kerajaan Pusaat,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, perbelanjaan mengurus atau emolumen kerajaan negeri masih mencukupi untuk menampung membiayai gaji kakitangan walaupun mengalami perbelanjaan defisit setiap tahun.

"Cuma kerajaan negeri menghadapi masalah perbelanjaan pembangunan yang memerlukan peruntukan daripada kerajaan pusat,” katanya. - Bernama

ulasan
1.Jika kerajaan negeri menggunakan wang untuk pembangunan maka kerajaan negeri tidak lagi mampu membayar gaji pekerja.
2. Terbukti kerejaan negeri kelantan merupakan negeri termundur kerana projek pembangunan hanyalah dari ihsan kerajaan pusat.
3. Kerajaan negeri tidak berhutang untuk bayar gaji. Tapi hutang kerajaan negeri bertimbun-timbun untuk perkara lain selain dari bayaran gaji.
4. Tiada perubahan ketara di negeri kelantan dari segi ekonomi sejak 20 tahun pemerintahan pas. kepimpinan pas makan gaji buta.
5. Hasil negeri seperti balak banyak di seleweng menyebabkan kangtung negeri kontang.
6.Pemimpin lebih banyak berpolitik daripada bekerja terutamanya mursyidul yang banyak menghabiskan wang rakyat. 

Gerakan mengkafirkan melayu semakin aktif, Melayu baik sangat dengan parti komunis.

Ni lah Islam Ala pemerintahan PKR











PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI Subject: FW: PADERI MELAYUPLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..
bangga kawan ngan dia






Tunduk hormat ke malu
Boleh tengok showgirl dapat duit rasuah lagi


sembahyang salah kiblat

PAS dan UMNO jika mahu Hudud ini sahaja caranya.

SEMUA UMAT ISLAM MALAYSIA


KERTAS CADANGAN

________________________________________________________________

”PROJEK PENGUASAAN ISLAM DI PARLIMEN MALAYSIA”
UNTUK LAKSANA HUDUD

____________________________________________________________




TEMPAT :

MALAYSIA


OLEH :

www.cikguleepk.blogspot.com

AHLI JAWATANKUASA KHAS

PROGRAM PENGUASAAN AHLI PARLIMEN MELAYU ISLAM DI PARLIMEN MALAYSIA



DENGAN KERJASAMA



SEMUA UMAT ISLAM DI MALAYSIA



”PROJEK PENGUASAAN MELAYU ISLAM DI PARLIMEN MALAYSIA”

1.0 PENDAHULUAN

Projek penguasaan melayu di Parlimen Malaysia ini adalah bertujuan untuk kemudahan menggubal dasar perundangan islam (HUDUD) dan menjamin keselamatan dan kebajikan orang islam khasnya dan seluruh rakyat malaysia amnya.

2.0 OBJEKTIF

1. Orang Melayu menguasai kerusi-kerusi parlimen
2. Menggubal dasar-dasar islam tanpa menggugat kesejahteraan semua kaum di Malaysia
3. Mengelakkan pergaduhan dan perpecahan sesama islam di Malaysia
4. Menjadi Negara Islam terbaik di dunia dan menjadi contoh kepada negara-negara lain.

3.0 MATLAMAT

i. Memudahkan pelaksanaan dasar-dasar islam
ii. Tahap kebajikan rakyat dapat dipertingkatkan dengan adanya pemimpin-pemimpin islam yang unggul
iii. Menjalin hubungan yang baik dengan pemimpin bukan islam
iv. Mengurangkan maksiat, dan pelbagai masalah sosial di Malaysia.

4.0 TEMPAT

Semua Parlimen di Malaysia

5.0 SASARAN

1. Semua ahli dan pemimpin PAS
2. Semua ahli dan penyokong Umno
3. Seluruh Rakyat Malaysia

6.0 KAEDAH

Sebelum

Carta Taburan ahli parlimen mengikut Parti PRU-12

















Carta taburan ahli parlimen mengikut kaum













Langkah

1. PAS keluar dari pakatan Rakyat apabila timbul isu yang membabitkan agama islam
2. PAS bertanding di kawasan Majoriti Cina yang tidak boleh ditandingi umno kerana perjanjian dengan MCA dan MIC semasa proses memerdekakan Malaysia
3. Dijangkakan berlaku persaingan 3 penjuru antara MCA, DAP dan PAS membolehkan semua orang islam mengundi PAS. Walaupun KAwasan majoriti cina (nama sahaja) orang melayu masih lebih ramai dari bangsa lain memberikan kelebihan kepada pas dalam membawa kempen islam di sana.
4. UMNO tidak perlu berkempen di kawasan tersebut.

Jangkaan Keputusan

Jangkaan keputusan mengikut parti














Jangkaan keputusan mengikut kaum



















Hasil

1. UMNO bertanding di kawasan Majoriti Melayu seperti biasa
2. Akan berlaku persaingan hebat antara umno dan Pas untuk menguasai kerajaan di jangka kelebihan tipis kepada sesiapa yang menang walaubagaimanapun semuanya orang islam.

7.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Projek penguasaan melayu islam di Malaysia ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Ianya juga diharapkan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak. Akhirnya, diharapkan semoga program ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Semoga pihak tuan dapat mengusulkan dalam parti-parti tuan untuk melaksanakan projek ini. Sila sebarkan projek ini kepada semua rakyat malaysia beragama islam untuk menjayakannya. Kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Disediakan oleh,



Surau janji akan jemput YB teoh lagi, Ustaz Azemi
















Ending ucapan YB,
Sebagai mengakhirkannya ucapan beliau, YB Teo Nie Ching merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak surau yang sudi menjemput serta menerima kunjungan beliau.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan oleh YB Teo Nie Ching kepada pihak Surau. RASUAH LAH TU

"Pihak surau juga merakamkan penghargaan ke atas kesudian YB untuk berkunjung sekali lagi ke surau tersebut dan secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau seorang yang amat prihatin terhadap masyarakat", kata Ustaz Azemi dalam ucapan beliau. USTAZ AZMI MAU LAGI

YB Teoh nie ching amalkan budaya tukar-tukar pasangan.





Harap maaf Kualiti gambar kurang baik.

Thursday, August 26, 2010

Celaka..celaka..celaka: Paderi melayu sudah sampai Malaysia.


PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI Subject: FW: PADERI MELAYUPLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS.. SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..


Kota Bharu : Suspek sembelih anak, cuba bunuh diri


Mohd. Adam Muszhaffar, 3, temui ajal di dalam bilik air rumahnya semalam angkara perbuatan bapanya.


Suspek berusia 33 tahun yang dipercayai menghidap sakit mental, kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya.

KOTA BHARU 24 Ogos – Selang dua minggu kejadian seorang lelaki yang dikatakan menghidap tekanan mental mengamuk dan menetak isterinya sehingga mati di Langkap, Perak, satu lagi kejadian ngeri berlaku ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa hari ini.

Kali ini, seorang lelaki yang dipercayai menghidap penyakit yang sama bertindak menyembelih sehingga mati anak lelakinya berusia tiga tahun tanpa belas kasihan di dalam bilik air rumah mereka di Kampung Sungai Budor, di sini hari ini.

Dalam kejadian menyayat hati kira-kira pukul 12 tengah hari itu, suspek yang berusia 33 tahun dikatakan hilang kewarasannya bertindak menyembelih Mohd. Adam Muszhaffar dengan kejam menggunakan sebilah pisau.

Suspek kemudian cuba membunuh diri dengan mengelar lehernya, bagaimanapun dia yang turut mengalami kecederaan ditahan anggota polis dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk rawatan.

Mayat Mohd. Adam Muszhaffar ditemui terbaring berlumuran darah oleh ibunya, Nik Suzila Nik Hashim, 32, yang menyedari kejadian selepas mendengar jeritan kuat daripada anak lelakinya itu.

Selain Mohd. Adam Muszhaffar, pasangan itu mempunyai dua lagi anak perempuan iaitu Siti Aishah, 2, dan Shafiqah, 8.

Nik Suzila ketika ditemui berkata, sebelum kejadian, suaminya mengadu berasa panas sebelum duduk di bahagian bawah rumah berhampiran bilik air rumah mereka.

“Selepas mendengar anak saya menjerit saya berlari ke tandas kerana bimbang dia terjatuh, tetapi bila saya sampai saya lihat dia (suami) sedang menyembelih Adam, saya tidak boleh buat apa lagi, Adam sudah meninggal dunia.

“Saya kemudian berlari ke rumah emak untuk meminta tolong dan orang ramai mula datang ke rumah bagi memberikan bantuan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian di sini hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, ketika umat Islam menikmati juadah sahur, seorang lelaki yang dipercayai kehabisan ubat bertindak di luar kewarasan, mengamuk dan menetak isterinya sehingga mati sebelum dia maut ditembak polis tiga jam kemudian.

Kejadian berlaku pukul 5.15 pagi di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan, Perak. Lelaki itu, Mohd. Natri Shaharudin, 39, turut mencederakan dua anak perempuannya menyebabkan salah seorang daripadanya putus jari tangan.

Lelaki itu yang dipercayai menghidap masalah mental bertindak mengikat isterinya dengan tali sebelum menetak mangsa bertubi-tubi menggunakan sebilah parang.

Sementara itu, Nik Suzila yang masih dalam keadaan terkejut berkata, sebelum kejadian, dia telah meninggalkan Mohd. Adam Muszhaffar serta Siti Aishah di rumah ibu dan bapanya yang terletak kira-kira 50 meter kerana keluar bekerja berhampiran rumah mereka.

Katanya, ketika dalam perjalanan pulang dia telah mengambil Mohd. Adam Muszhaffar, manakala Siti Aishah ditinggalkan di rumah nenek mereka kerana dia sedang tidur.

Sementara itu, bapa Nik Suzila, Nik Hashim Nik Abdullah, 64, berkata, menantunya itu menunjukkan perubahan sejak kelmarin dan disebabkan itu ketiga-tiga cucunya tidak ditinggalkan di rumah bersama menantunya itu semasa isterinya keluar bekerja.

“Sejak kebelakangan ini, menantu saya tidak lagi makan ubat, bila saya tanya kenapa tidak makan ubat, dia menjawab sudah sihat, kalau makan ubat pun akan buat mengantuk sahaja.

“Sudah lama dia tidak hadapi masalah mental, kalau datang penyakitnya pun, dia tidak ganggu orang, hanya duduk diam dan keluar dari rumah balik esok pagi atau lewat malam.

“Hanya hari ini dia bertindak di luar batasan, tidak pernah saya tengok dia marah anak-anak, dia amat sayang anak-anak,” katanya.

Menurutnya, menantunya sebelum ini bekerja sebagai seorang pengawal keselamatan di sebuah pasar raya dan telah berhenti kira-kira sebulan lalu.

Dalam pada itu, Pemangku Timbalan Ketua Polis negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika sabit kesalahan boleh dihukum mati.

“Kita percaya dia ada masalah mental tetapi siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, suspek telah ditangkap ketika cuba melukakan dirinya dan dibawa ke HRPZ II kerana cedera di leher.

“Kita juga telah menemui pisau yang digunakan oleh suspek untuk menyembelih anaknya sendiri manakala mayat mangsa telah di bawa ke hospital berkenaan untuk bedah siasat,” katanya.

Wisma Putra: Kedutaan Indonesia dipanggil mengadap.

PUTRAJAYA 25 Ogos – Wisma Putra hari ini memanggil pegawai Kedutaan Besar Indonesia bagi memberi penjelasan berhubung tindakan sekumpulan rakyat negara itu melemparkan najis manusia dan memijak Jalur Gemilang ketika berdemonstrasi di depan kedutaan Malaysia di Jakarta, Isnin lalu.

Berikutan itu, kedutaan tersebut yang diwakili Timbalan Dutanya, Tatang B. Razak telah menemui Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra hari ini.

Ketika ini, Duta Besar Indonesia, Tan Sri Da’i Bachtiar berada di Jakarta setelah dipanggil pulang bagi memberi penjelasan mengenai isu demonstrasi tersebut yang kini dibincangkan dalam sidang Parlimen republik itu.

Dalam pada itu, Anifah berkata, dalam pertemuan dengan Tatang, Malaysia melahirkan rasa kesal dan mengecam sekeras-kerasnya perbuatan tersebut yang dianggap satu penghinaan kepada seluruh rakyat dan mencabar kedaulatan negara.

Katanya, tindakan sesetengah pihak di republik itu sengaja ingin merosakkan perhubungan dua hala yang begitu baik para pemimpin dan rakyat kedua-dua negara secara keseluruhannya.

“Apa yang dilakukan itu tidak mencerminkan budaya, kesopanan dan tatasusila.

“Demonstrasi yang turut diadakan di depan Konsulat Malaysia di Medan dan Pekan Baru telah mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia,” katanya pada sidang akhbar selepas pertemuan dengan Tatang.

Isnin lalu, demonstrasi yang disertai anggota Benteng Demokrasi Rakyat Malaysia (Bendera) bagi membantah penahanan tiga anggota penguat kuasa Indonesia oleh Pasukan Gerakan Marin Malaysia yang diadakan di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta menjadi kecoh.

Ini berlaku apabila segelintir penunjuk perasaan melemparkan najis manusia ke dalam bangunan kedutaan Malaysia selain memijak Jalur Gemilang.

Beberapa hari sebelum itu, demonstrasi juga diadakan oleh kumpulan dari Lumbung Informasi Rakyat (LIRA) dan Laskar Merah Putih (LMP).

LMP bertindak merosakkan plak nama kedutaan itu selain peserta memanjat pintu pagar dan bumbung pondok pengawal keselamatan di itu.

Perbuatan kumpulan LSM itu memaksa Kedutaan Besar Malaysia menghantar nota protes kepada Kementerian Luar Negeri Indonesia dan Polis Republik Indonesia kerana pihak polis gagal melindungi harta benda kedutaan itu daripada dirosakkan, selaras dengan perlindungan yang dinyatakan di bawah Konvensyen Vienna.

Menurut Anifah, tindakan kumpulan Bendera yang membuat ugutan mengusir rakyat Malaysia menimbulkan rasa kemarahan dan keresahan rakyat negara ini di republik itu.

Justeru, beliau menggesa republik tersebut mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan tindakan mengancam rakyat negara ini.

“Tindakan itu bukan sahaja mencemarkan nama baik Malaysia malah mencemar nama baik Indonesia hasil perbuatan yang begitu keji oleh segelintir golongan,” katanya.

Dalam pada itu Anifah berkata, Kuala Lumpur juga telah meminta Jakarta agar dapat memastikan keselamatan rakyat Malaysia yang berada di republik itu demi memelihara hubungan dua hala.

“Saya telah berhubung dengan Menteri Luar Indonesia, Marty Natalegawa untuk memastikan demonstrasi menghina rakyat negara ini dihentikan.

“Setakat laporan yang diterima daripada kedutaan Malaysia di Jakarta, tiada sebarang demonstrasi diadakan sehingga tengah hari ini,” katanya.

Tok imam PAS tengok bontot gadis cina sambil pegang anu di dalam masjid


Bangganya penyokong PAS melihat Teoh Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) yang masuk ke dalam masjid tanpa tertib dan tidak menjaga aurat beliau. Selepas ini dengar katanya ratu kangkang eli bogel juga akan buat ceramah dalam masjid. Wah nampaknya DAP sudah berjaya mentarbiah ahli PAS dengan menjadi penceramah tetap di masjid untuk santapan ahli PAS. Bangganya mereka!!!!!!! selanjutnya klik sini

Tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor diambil alih

Memalukan!!!!!! Syabas ambil alih tanggungjawab kerajaan Negeri Selangor.


KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hari ini melancarkan program bagi membantu golongan kurang kemampuan seperti fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan golongan kurang upaya untuk membayar bil air dan bil air tertunggak.

Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail berkata, inisiatif itu dilaksanakan selepas mendapati ramai pengguna air daripada golongan daif di Selangor amat memerlukan bantuan.

Katanya, melalui program “Air Percuma Untuk Golongan Yang Memerlukan” itu, kakitangan Syabas dan Puncak Niaga akan menyumbangkan nilai bagi 20 meter air percuma setiap bulan iaitu RM136.80 seorang untuk tempoh setahun.

Buat permulaan seramai 100 orang kakitangan syarikat akan menjayakan program itu membabitkan jumlah keseluruhan RM13,680 dan jumlah itu dijangka meningkat kepada RM318,196.80 apabila kesemua 2,326 kakitangan Syabas dan Puncak Niaga Selangor menyertainya, katanya.

Penduduk di Selangor juga dialu-alukan untuk turut serta dalam program itu dan Syabas ada menyediakan borang untuk tujuan itu, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada dua buah keluarga penerima sumbangan air percuma di Puchong dekat sini.

"Saya harap pendekatan kita ini dapat diterima oleh pengguna. Kita Libatkan pengguna juga, bukan kakitangan Syabas sahaja... dengan sendirinya dia (pengguna) dapat kongsi daripada segi sumbangan kepada masyarakat.

“Ini yang kita mahu, membantu satu sama lain,” katanya. – Bernama

Tok Imam PAS pegang anu sambil tengok bontot cina dalam Masjid.


Bangganya penyokong PAS melihat Teoh Nie Ching (Ahli Parlimen DAP Serdang) yang masuk ke dalam masjid tanpa tertib dan tidak menjaga aurat beliau. Selepas ini dengar katanya ratu kangkang eli bogel juga akan buat ceramah dalam masjid. Wah nampaknya DAP sudah berjaya mentarbiah ahli PAS dengan menjadi penceramah tetap di masjid untuk santapan ahli PAS. Bangganya mereka!!!!!!! selanjutnya klik sini
Related Posts with Thumbnails