Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, August 3, 2010

Pakatan Rakyat sabotaj ekonomi Malaysia

Pertumbuhan FDI pada separuh kedua tahun ini berikutan ketidaktentuan ekonomi global, kerajaan telah pun mengambil langkah berhati-hati sejak tahun lalu menerusi Model Baru Ekonomi (MBE) dan program transformasi kerajaan. Dalam ketidaktentuan ekonomi pada separuh kedua tahun ini, para pelabur asing dijangka akan berhenti membuat keputusan dan tindakan ini akan memberi sedikit kesan kepada pertumbuhan ekonomi negara. - Mukhriz Pemimpin

BN walaupun sibuk berpolitiking tetapi masih tidak melupakan tanggungjawab hakiki mereka sebagai pemimpin. Mereka membuat lawatan kerja ke negara-negara luar untuk menarik pelabur-pelabur asing melabur di Malaysia berbeza dengan pemimpin pembangkang yang buat lawatan ke luar negara untuk "Apology Tour". Dato' Seri Najib

kini terpaksa berhadapan dengan keadaan yang kritikal terpaksa memperbaiki keadaan. Bukan mudah hendak menyakinkan para pelabur luar ketika Anwar Ibrahim 24 jam tidak habis-habis memburukkan nama kerajaan Malaysia di mata dunia, kononnya beliau lebih layak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri berbanding Najib. Bagaimana nak menarik pelabur luar jika wujudnya pengkhianat yang sentiasa memeburukan nama negara untuk kepentingan politik sempit mereka?

Kita sekarang berada di zaman transformasi Najib setelah dirosakan oleh pemimpin-pemimpin yang lalu dan sudah tentu ini bukannya suatu kerja yang boleh dipercepatkan/diperlambatkan. Untuk membina sebuah tamadun memerlukan masa bertahun-tahun tetapi jika hendak menhancurkan tamadun, serahkan saja negara ini kepada Anwar dan anda akan melihat kesannya
Sekarang kita sibuk berpolitik mengenai hak melayu, bukannya bumiputera atau hak cina, bukannya hak kaum India. Pembangkang pula mengambil segala kesempatan yang ada untuk memburukkan lagi imej kerajaan bagi membolehkan mereka mendapat sokongan rakyat di PRU 13. Sesekali mereka (PR) bising mengenai FDI menurun, tetapi adakah mereka membantu? Sudah tentu tidak, tengok saja contoh yang paling ketara iaitu Selangor. FDI Selangor juga menurun, bukannya disebabkan kerajaan pusat, masih lagi menunding jari ke arah yang sama? Adakah pembangkang memainkan peranan dalam membangunkan ekonomi negara? Langsung tiada!

Mereka cuba menSabotaj ekonomi negara bertujuan untuk memberi modal politik untuk menggulingkan kerajaan seperti yang telah berlaku pada zaman Pak LAh yang terpaksa mengharungi kegawatan ekonomi global. Pilihanraya yang lalu menunjukkan kesan ekonomi yang gawat hampir-hampir saja menjatuhkan kerajaan BN. Adakah ekonomi akan lebih baik jika diperintah oleh pakatan rakyat. Sudah tentu tidak kerana mereka hanya akan cuba untuk mengaut keuntungan bagi mengayakan kroni mereka seperti yang terjadi di Selangor, kelantan, kedah dan Pulau Pinang ketika ini.

Lebih lanjuk klik sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails