Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Tuesday, August 24, 2010

Surau di baling botol arak boleh cetus ketegangan kaum.

SEREMBAN: Surau Taman Pulai Impian, Sikamat dekat sini disimbah dengan cat merah dan dibaling dengan botol arak hari ini.

Pengerusi jawatankuasa surau itu, Mohd Hasbi Ismail, berkata kejadian itu disedari oleh jemaah surau semasa solat subuh pagi ini dan memaklumkan kepadanya.

"Kejadian ini saya rasa berlaku antara 3.30 pagi dan 4 pagi dan saya membuat laporan polis secara rasmi," katanya kepada Bernama.

Mohd Hasbi berkata, selain empat botol arak dibaling di hadapan bangunan surau, terdapat kesan cat warna merah di dinding, lantai dan pintu cermin bahagian kanan surau.

"Saya rasa amat sedih dan kesal atas kejadian yang berlaku kerana mencemari rumah ibadat orang Islam dan kesucian bulan Ramadan," katanya.

Surau yang tidak berpagar itu baru digunakan pada 24 Julai lalu.

"Saya anggap ini adalah satu perbuatan khianat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Saya tidak tahu apakah motif sebenar mereka yang melakukan kerja ini dan berharap pihak polis akan menyiasat sehingga tertangkapnya mereka yang terlibat dan dihadapkan ke muka pengadilan," katanya.-Bernama

cikguleepk

5 comments:

  1. KALAU GEREJA KENA BAKAR CEPAT SAJA TANGKAP YE...24 JAM SUDAH TANGKAP.SEKARANG MESJID DISIMBAH CAT DAN DIBALING BOTOL ARAK,BOLEHKE TANGKAP 24 JAM....PIIIIIRRRRRRAAAAH..

    AKU DAH TAHU DAH JAWAPANNYA....

    ReplyDelete
  2. Bab bakar gereja, pengetua sekolah dan alin-lain tak kira lah janji melayu buat mesti cepat punya tapi kalau bangsa lain terutamanya cina faham-faham saja lah

    ReplyDelete
  3. aku dah hilang sabar ngan pmimpin umno ngan pas ni. bila melayu kutuk cina cpt je ambik tndakan tp bile cina pukimak namewe tu smpai skrag xde tindakan diambik. aku nak jumpe sgt ngan keturunan pengecut yg smbah cat tu, aku nak tgk sejauh mane die pnye kberanaian

    ReplyDelete
  4. Umno tidur
    Pas sesat
    pkr lacur agama
    mana pilihan anda
    /@#$%&&**ZZZZZ@#!>?<:

    ReplyDelete
  5. kita kejut yang tidur...kita tunjuk yang sesat....kita ajar yang lacur....kita bersatu dan teguhkan kembali panji-panji islam.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails