Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Wednesday, October 6, 2010

Helah licik: Peguam tak hadir 10 kali bicara kesnya.

KUALA LUMPUR – Perbicaraan kes peguam yang menghadapi pertuduhan pecah amanah membabitkan cek RM120,000 yang tertangguh kerana ketidakhadirannya sebanyak 10 kali, akan diteruskan tanpa kehadirannya.

Hakim Mahkamah Sesyen, Azizah Mahamud menetapkan 4 November ini sebagai tarikh akhir perbicaraan kes itu.

Beliau berkata, mahkamah akan memulakan perbicaraan kes itu walaupun tanpa kehadiran tertuduh Md. Madzhar Mohd. Sapuan mengikut Seksyen 264 Kanun Prosedur Jenayah.

Azizah berkata, tertuduh tidak hadir sebanyak 10 kali pada tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan, yang mana setiap kali perbicaraan, dia akan mengemukakan sijil sakit kepada mahkamah.

Md. Madzar, 48, yang digantung daripada menjalankan amalan guamannya sejak 1999, tidak hadir pada perbicaraan yang telah ditetapkan bermula pada 3 Disember 2007 atas alasan sakit.

Pada 6 Jan 2005, Md. Madzhar, didakwa pecah amanah sekeping cek Bumiputra Commerce berjumlah RM120,000, berhubung pembelian sebuah rumah semasa menjadi ejen kepada seorang doktor Abdul Rahman Samion, yang merupakan saudaranya.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Suite FGH, Level 17 Bangunan Angkasaraya Jalan Ampang di sini di antara 28 November 2000 dan 19 Disember 2000. – Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails