Kalau sudi tekanlah iklan di bawah ni ya

Thursday, October 7, 2010

Pas berjaya 'rasuah' orang Asli Galas









Nampaknya Pas sudah memulakan serangan awal dengan me'Rasuah' orang asli dalam usaha mempertahankan Dun Galas. Usaha ini mungkin membawa hasil kerana jumlah penduduk asli di Galas ialah hampir 10 peratus iaitu kira-kira 1000 orang. Pengiraan mudah cikguleepk mendapati jika sokongan orang asli berjaya mereka perolehi ditambah 22peratus sokongan kaum Cina yang sudah hampir pasti mengundi Pas maka peluang Pas nampaknya semakin cerah iaitu mereka sudah mengumpul 32 peratus undian. Perang kafir mengkafir juga sudah dimulakan oleh mursyidul mereka dalam menarik sokongan orang melayu di Galas. Jika mereka mendapat 18 peratus undian melayu maka BN akan kempunan lagi. Oleh itu BN perlu bekerja keras pada pilihanraya kecil Dun N45 dan jangan ambil mudah sekalipun mendapat kepercayaan kaum melayu pada pilihanraya kali ini. Tumpuan juga perlu diberikan kepada kaum orang asli supaya tidak terpengaruh dengan dakyah Pas.

KOTA BHARU, 5 Okt: Masyarakat Orang Asli dari Gua Musang memberi sokongan padu kepada kepimpinan ulama di Kelantan dan sanggup bekerja keras bagi membantu kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil N45 Dun Galas nanti.
Menurut wakil Masyarakat Orang Asli, Pandak Bin Panjang Ey, 39, kejayaan PAS di Gua Musang juga dibantu oleh kaum mereka dan untuk kali ini mereka sanggup membina satu pasukan sendiri bagi memberi penerangan kepada masyarakat Orang Asli dan Melayu di dalam Dun Galas.
“Saya berharap untuk pilihan raya kecil kali ini, PAS Kelantan memberi kebebasan kepada jentera yang dibentuk oleh kami bagi memberi penerangan tersendiri kepada orang kami dan kalau boleh kami ingin menjadi penceramah di pentas PAS di kawasan orang Melayu juga,” ujar beliau yang disambut dengan tepukan orang ramai.
Beliau berucap demikian di Majlis Ramah Mesra Pimpinan Negeri Bersama Masyarakat Orang Asli di Kediaman Rasmi JKR 10.
Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub mewakili Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis yang turut dihadiri Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan Exco Kerajaan Negeri.
Pandak juga berharap kerajaan Kelantan lebih peka tentang permasalahan masyarakat Orang Asli terutamanya berkaitan dengan masalah pemilikan tanah.
Sementara itu, Datuk Ahmad Yakub berkata, pelbagai dasar dan pelaksanaan telah dibuat untuk meningkatkan ekonomi dan pembangunan masyarakat Orang Asli.
Beliau juga memberitahu, sehingga kini seramai 240 Orang Asli telah dimasukkan dalam senarai peserta Ladang Rakyat.
“Kita seberapa daya usaha telah membawa perubahan dalam kehidupan masyarakat Orang Asli ini dan alhamdulillah, kerjasama dari tuan-tuan amat memberangsangkan,” kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails