Pada Pilihan Raya Kecil (PRK)Galas, saya tidak mahu terlepas peluang untuk memberikan pandangan, terutama tentang calon yang paling sesuai bagi mewakili Barisan Nasional (BN).
Jika ditanya kepada saya tentang siapakah calon yang paling layak mewakili BN di Galas, jawapan spontan tanpa ragu yang dapat saya berikan ialah Razaleigh Hamzah. Jadi cadangan agar Razaleigh sendiri dipertimbangkan sebagai calon adalah menggambarkan cadangan popular dan bijaksana.
Jika Razaleigh diletakkan sebagai calon Dun Galas, BN akan menang. Seumpama Anuar Ibrahim di Permatang Pauh, Ibrahim Ali di Pasir Mas, Isa Samad di PD. Jasa mereka terlalu banyak di kawasan mereka sendiri. Rakyat Malaysia khasnya dan Galas amnya amat mengenang budi tidak akan sanggup mengundi orang lain walau apa isu yang diketengahkan.
Razaleigh sangat layak, sebagai pengarah PRK dan juga sebagai calon. Pemilihan Razaleigh Hamzah sebagai pengarah PRK selepas hanya dua hari kematian Adun Galas adalah memang tepat, jelas dan membuktikan kemampuan pucuk pimpinan tertinggi BN menghidu pelbagai perkara sebelum ini dan membaca situasi sambil mengambil kira semua faktor.
Pemilihan pertama yang dibuat agak pantas, cergas dan spontan itu dilihat begitu ikhlas dan matang, dan berniat bersih untuk merampas kembali Dun Galas
Anda telah melantiknya sebagai Pengarah, Jika dipilih juga sebagai calon maka sudah tentu tengku Razalaigh akan melipatgandakan usahanya dalam membawa kejayaan BN di Galas yang amat diidamkan.
Tradisi Pilihan Raya ialah kita selalu memikirkan calon apabila berhadapan dengan pembangkang, tetapi kita terlupa situasi di Kelantan, khususnya di Galas strategi yang betul dan ketepatan perancangan mungkin menjadi Critical Success Factor dan merentasi faktor lain. Tengku Razaleigh adalah de facto bagi rakyat Gua Musang perlu diberi perhatian sewajarnya.
Ketepatan kita memilih Pengarah PRK yang sesuai adalah langkah pertama dan utama ke arah kemenangan di Galas. Seterusnya pilih beliau sebagai calon pilihanraya kerana beliau tidak pernah tewas di Gua Musang walaupun pada ketika tidak bersama Umno sewaktu beliau menubuhkan parti melayu semangat 46.
Ada dua perkara yang wajar difikirkan tentang Razaleigh. Pertama, pengalaman luasnya sebagai ahli politik di Gua Musang dan kedua, kejujurannya dan kesetiannya dalam parti.
Tindak tanduknya yang agak verbal dan kritikal terhadap BN, tetapi masih mahu bertahan di dalam BN membuktikan beliau lebih sesuai diuji sebagai Pengarah dan calon.
Sayugia diingat Galas di Kelantan, sama seperti Bagan Pinang di Negeri Sembilan. Anda boleh menyamakan Razaleigh dengan Tan Sri Isa Samad. Jawapannya ada pada rekod kedua-dua tokoh itu. Anda harus tahu apa yang saya maksudkan.
Di Galas anda boleh meletak calon yang muda daripada kalangan anak tempatan yang baik akhlaknya dan bersemangat untuk memajukan Gua Musang pada pilihanraya umum yang akan datang bukannya pada pilihanraya kecil. Pada PRK kali ini kita memerlukan calon yang sudah terbukti berwibawa dan amat dihormati terutamanya di kelantan.
Walau apa pun ini hanya cadangan daripada manusia kecil dan kerdil seperti saya. Keputusan muktamad mengenainya adalah terletak kepada Pengerusi BN. Beliau tentu lebih bijaksana dan lebih nampak apa yang sepatutnya berlaku.
No comments:
Post a Comment